BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

December 17, 2011

cerpen : tiada peluang kedua~

(ost pilih aku atau dia - nubhan)



     Aku hanya mampu melihat. Hanya mampu mendengar. Dan, hanya mampu menangis. Tangisanku berlagu apabila melihat kemesraan mereka, gelak tawa mereka. Siapalah aku di matanya. Main biola digesel pembaris mana sedap bunyinya. Harimau dan kambing mana boleh bersama. Aku hanya mampu bermimpi sahaja. Selamanya...

* * *

     “Itu tandanya cinta saya pada awak. Apa pula tanda cinta awak pada saya? Hmm?” ucap Fareez romantis setelah menyarungkan cincin yang bersalut emas putih dan bertakhtakan sebutir intan permata di atasnya. Fyrana membelek jarinya yang telah disarungkan cincin itu.
     “Mana awak dapat duit ni? Haa?” tanya Fyrana aneh. Setahunya, Fareez tidak bekerja. Mana tahu... Keningnya bertaut. Dahinya berkerut.
     “Emm... Adalah.. Suka tak?” tanya Fareez kembali. Fyrana hanya mengangguk sambil tersenyum. Kelihatan lesung pipitnya yang kecil di kedua-dua belah pipinya. Fareez menarik nafas lega.
     “Cepatlah.. Apa pula hadiah untuk saya sempena anniversary kita ni? Dah tiga tahun dah...” ucap Fareez sambil tersengih-sengih. Fyrana pantas memukul paha Fareez. Fareez terjerit kecil terkejut dengan tindakan spontan dari Fyrana.
     “Anniversary?! Amboi...” kata Fyrana sambil tergelak kecil melihat Fareez yang masih mengosok-gosok pahanya yang kesakitan akibat dipukul oleh Fyrana tadi.
     “Kenapa awak pukul saya? Sakitlah...”
     “Yelah... Sorry...” Fyrana meminta maaf dalam nada yang tidak serius. Masih kedengaran gelak tawanya perlahan. Fareez memandangnya lembut.
     “Oh ya... Saya terlupa. Ni hadiah saya untuk awak. Hee...” Fyrana cuba untuk mengubah tajuk. Dia tidak tentu arah apabila Fareez merenungnya begitu.
     “Hmm? Bekal? “ tanya Fareez sambil menyambut pemberian Fyrana. Fyrana hanya mengangguk.
     “Khas buat awak. Saya masak sendiri tau.”
     Fareez membuka penutup bekas makanan itu perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya Fareez apabila melihat isi di dalamnya. Fyrana sudah mengekek ketawa dari tadi. Dia sudah bersedia untuk mengatur langkah seribu.
     “Fyrana!!!” jerit Fareez. Dia terus mengejar Fyrana yang berlari sambil ketawa itu. Sandalnya dibiarkan. Begitu juga dengan Fyrana.
     “Awak nak suruh saya makan ayam dengan sayur plastik ke, haa?!!” Fareez menjerit lagi.
     “Ya!!! Hahahahaha...” balas Fyrana.
     “Tunggulah awak!!!”
     Suasana pantai pada petang itu dipenuhi dengan gelak tawa mereka.

* * *

     “Siapa yang awak bawa ni, Fyrana?” tanya Fareez kehairanan setelah menunggu Fyrana selama sepuluh minit di kafe kolejnya. Fyrana hanya tersenyum.
     “Urm... Fareez, kenalkan my petsis, Fara. Fara my first and last lover boyfriend, Fareez,” Fyrana memperkenalkan dua insan itu. Fareez hanya mengangguk.
     “Ooo... Ni ke orang yang akak selalu cerita tu? Amboi... Boleh tahan akak ni. Abang ni handsome lah. Untung akak dapat orang macam Abang Fareez ni,” puji Fara. Fareez memandang Fyrana. Fyrana hanya mengangkat bahu sahaja.
     “Urm... Duduklah, awak, Fara,” Fareez mempelawa mereka duduk. Fyrana dan Fara hanya mengikut kata.
     “Kenapa aku tak sedap hati yeh?” bisik hati halus milik Fyrana perlahan.

* * *

     “Hello... Tengah buat apa tu? Saya gang....”
     “Sorry, awak. Saya busy ni. Lain kali jelah yeh kita cakap lagi,” potong Fareez. Fyrana terkelu dan terkedu. Talian diputuskan.
     “Tut... Tut... Tut...”
     “Kenapa dengan Fareez sejak-sejak ni yeh?” desis hati kecil Fyrana penuh gelisah. Dia mula mendial nombor telefon bimbit kepunyaan Fareez semula.
     “Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi. Tut... Tut... Tut...”
     “Fareez...”

* * *

     “Aku tak fahamlah dengan sikap Fareez sejak kebelakangan ni. Kalau ada masalah, mesti dia cerita kat aku. Ni tak...” mengadu Fyrana. Farisya hanya mendiamkan diri mendengar cerita Fyrana.
     “Entah-entah dia ada perempuan lain tak? Hari tu, Farhan ada juga beritahu aku yang dia nampak Fareez dengan Fara keluar sama. Aku pun tak percaya tapi... Kau jangan marah eh?” tanya Farisya berhati-hati. Fyrana hanya mengangguk.
     “Aku just takut kalau kau sakit hati pula.”
     “Takde lah. Cepatlah sambung.”
     “Hee... Lepas tu, aku nampak dengan anak mata kepala aku sendiri. Fareez dengan Fara...”
     “Fara mana ni?” potong Fyrana.
     “Alaa... Fara petsis kau tu lah. Aku nampak diaorang keluar sama-sama. Siap pegang tangan lagi tu. Hai... teringat aku satu lagu ni. Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang, bertambah sayang... Biar malu-malu, biar segan-segan, kerna malu itu perisai orang beriman. Hahahaha...”
Fyrana hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil tergelak kecil melihat sahabatnya berkelakuan begitu.
     “Hmm... Tapi, aku tak percayalah,” kata Fyrana menafikan keterangan yang diberi oleh Farisya tadi.
     “Suka hati kau lah, Fyrana oii... Eh!! Feezo lah. Kenapa dia datang sini eh?”
     “Biarlah. Feez...”
     Feezo berdehem. Fyrana terdiam lalu mendongak ke atas memandang Feezo sambil tersengih. Niatnya untuk mengata Feezo terus mati. Farisya sudah bangun untuk melangkah pergi meninggalkan Fyrana dan Feezo berdua.
     “Farisya!!!” jerit Fyrana. Farisya hanya melambai dari jauh.
     “Boleh I duduk sini?” tanya Feezo macho. Fyrana hanya melihat lelaki pujaan mahasiswi di kolejnya itu menarik kerusi di hadapannya lalu duduk. Dibuka topinya lalu diletakkan di atas meja. Sikat dikeluarkan. Disisir sedikit rambutnya ala trend gaya sekarang agar kelihatan rapi.
     “Fikir cool lah tu? Pi laa!!!” getus hati halus Fyrana.
     “Panasnya...” kata Feezo sambil mengibas-ngibas t-shirtnya itu menahan panas.
     “Siapa suruh pakai baju dua lapis? Dah pakai t-shirt, pakai lagi kemeja dekat luar. Dah lah tak butang kemeja tu, lengan pulak disinsing sampai paras siku. Siap pakai rantai monyet lagi dekat seluar jean dia tu. Selamatlah sneaker dia lawa. Heyh... Jealous aku tengok sneaker dia tu,” membebel Fyrana panjang. Tanpa dia sedari, Feezo mendengarnya.
     “Hello!!! You fikir I dah pekak ke tak dengar apa yang you bebel tadi tu. Suka hati I la. Style I, trend I, gaya I. Selamat you puji kasut I. Apalah... I datang sini bukan nak dengar apa yang you bebel, tapi... I ada niat,” terang Feezo tenang dengan harapan jawapan daripada Fyrana memuaskan hatinya.
     “Apa niat awak?” tanya Fyrana kasar.
     “Heyh... Minah ni...” desis hati kecil Feezo.
     “Niat I nak... I bukan apa. Dengar dulu ye apa yang I nak kata.”
     Fyrana mengangguk perlahan.
     “I tengok Fareez macam tak layan you dah. You dengan Fareez dah tak rapat. Kalau tak dulu selalu berkepit. Lagipun, I dengar dia curang dengan you. You punya petsis pulak tikam belakang you. Kesian you kena main-mainkan dengan dua insan yang you percaya,” jelas Feezo lembut. Fyrana merenungnya tajam.
     “Apa niat awak sebenarnya datang jumpa saya ni, haa?!! Kalau nak sakitkan hati saya, lebih baik tak payah. Lebih baik aku balik rumah, tidur. Hey brother! Dengar sini baik-baik eh, aku lagi kenal siapa Fareez daripada kau!! Aku dengan dia dari sekolah menengah lagi. Kau siapa nak halang aku?!!” tengking Fyrana tiba-tiba. Dia masih menafikan yang kekasihnya mempunyai hubungan sulit dengan adik angkatnya.
     “I ni sepupu dia,” balas Feezo tegas. Fyrana terdiam.
     “Lagipun, I dah lama cintakan you cuma you je yang tak sedar. I dari dulu lagi asyik perhatikan you. I satu sekolah dengan Fareez... Dan tak lupa juga, you Fyrana Faizul!! I pernah bagitahu Fareez pasal perasaan I pada you. Lepas je dia dengar luahan hati I, terus dia bet dengan I. Antara dia dan I, siapa lagi power pikat you. Tapi, I awal-awal lagi tarik diri sebab I tak nak mainkan you. Mainkan perasaan you. Dalam masa yang sama, I ada dengar yang you menaruh hati pada Fareez tu. I fikir I bahagia apabila tengok you gembira. Rupanya... macam ni Fareez buat pada you.”
     Feezo mengeluh kecil, lalu menyambung semula. “I bukan someone yang suka tengok seorang perempuan yang I betul-betul suka, yang I benar-benar cinta, terluka, menangis kerana buaya darat macam Fareez itu. I akan rampas perempuan itu dan membuatkan dia fikir pasal I seorang je. I tak nak dia sentiasa bersedih kerana lelaki durjana itu. Fyrana... Marilah ke pangkuan I. Biar I yang jaga you. I tak sanggup lihat air mata you gugur. I juga tak sanggup tengok hati you terluka, menderita sebab dia buat macam tu kat you. Fyrana Faizul, sudikah awak menjadi suri hati saya, buat selama-lamanya? Please, Fyrana.”
Fyrana terkejut, terkaku, terkelu dan terkedu mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut lelaki kacak itu.
     “I tak kisah kalau you nak percaya atau tak. Tapi, I mohon sangat pada you. You putuslah dengan Fareez dan datanglah pada I. I tunggu jawapan you. Kalau you kata okey je, I terus merisik ye? Okeylah... I kena pergi dulu. Thanks sebab belanja air ni ye. Bye, assalamualaikum,” kata Feezo sebelum memulakan langkah meninggalkan Fyrana sendiri.
     “Betul ke apa yang Feezo cakap tu? Suruh aku pulak yang bayar air ni. Cehh...” rungut Fyrana. Haih... Perempuan seorang ni. Bukannya ambil kisah pasal perasaan Feezo tadi. Boleh pula fikir pasal air tu. Fyrana... Fyrana...

* * *

     “Hello, Far... Eh!! Fyrana... Awak buat apa tu? Busy ke?” kata Fareez setelah menyambungkan talian. Fyrana gembira bukan kepalang. Tahap dewa. Kalah kera yang dapat bunga tu. Haih...
     “Hmm ? Takde lah... Tak busy pun. Kenapa awak call saya ni?” tanya Fyrana. Bibirnya yang nipis itu tidak henti-henti tersengih.
     “Urm... Jom dinner malam ni. Saya ada hal nak bagitahu awak ni, ye ”
     “Okey, kat mana?”
     “Tempat biasa. Pukul 8.00. Saya tunggu awak. Bye...” Fareez memutuskan talian.
    “B...” Fyrana terdiam.
    “Fareez macam ni??”

* * *

     “Hai, awak!!” sapa Fyrana riang. Yela... Seminggu tak jumpa rasa macam setahun. Haha...
     “Hai... Duduklah,” balas Fareez endah tak endah je. Mimik mukanya tidak seperti biasa. Tiada senyuman malah sengihan pun untuk Fyrana.
     “Pahal dengan Fareez ni? Cepuk kang, baru tahu...” bebel Fyrana dalam hatinya.
     “Kenapa dengan awak ni, haa?!!” tanya Fyrana dalam nada yang sedikit tinggi. Fareez hanya merenungnya.
     “Kita putus,” kata Fareez tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Fyrana hanya membatukan diri. Hatinya berkecamuk. Perasaan terkejut, sedih, terluka bergaul sesama sendiri. Hanya kerana dua perkataan yang paling ditakutinya dan digeruninya.
     “Tapi...”
     “Saya ada orang lain,” potong Fareez.
     “Siapa?”
     “Fara.”
     Jantung Fyrana berhenti berdegup. Nafasnya naik turun dengan pantas.
     “Far..Fara?”
     “Hm.. Saya tahu saya bersalah sebab tikam belakang awak macam ni,” Fareez berhenti berkata apabila melihat cincin yang diberinya kepada Fyrana tersarung kemas di jarii manisnya. Lalu, dia menyambung, “Boleh awak pulangkan cincin tu balik? Maafkan saya kerana berubah secara tiba-tiba. Saya nak bagi cincin tu kat Fara masa saya luahkan isi hati saya nanti.”
     “Cincin ini?”
     Fareez mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan.
     Fyrana mengeluarkan cincin itu dari tempatnya. Dia masih terkesima.
     “Saya pergi dulu. Maafkan saya, Fyrana,” Fareez pun mengundur diri. Dia bangun setelah memanaskan kerusi selama setengah jam dan mula mengatur langkah meninggalkan Fyrana sendiri.
     “Tapi, Fareez!! Tunggu!! Saya ada something nak bagitahu ni. Fareez!!” Fyrana menjerit memanggil Fareez yang telah pun jauh melangkah. Tanpa dia sedari, air matanya mengalir buat kesekian kalinya.

* * *

     “Kenapa dengan kau ni? Duduklah. Penat aku tengok,” kata Farisya setelah penat melihat Fyrana mundar-mandir ke sana ke mari di dalam bilik. Dia mengeluh kecil apabila melihat Fyrana tidak memberikan reaksi.
     “Fyrana!!!” jerit Farisya kuat. Fyrana terkejut lalu memeluk tiang katil double deckernya itu. Farisya gelak sakan habis.
     “Woi!! Kalau ye pun, janganlah terkejutkan aku tahap cipan ni. Kalau aku ada sakit jantung, tak ke naya? Entah-entah, orang yang ada sakit jantung tu terus lari masuk kubur dengar kau jerit ni. Haih..” membebel Fyrana panjang sambil mengurut dadanya akibat terkejut gila tadi. Farisya mula mengawal gelak tawanya.
     “Alaaa... Kalau kau terkejut sampai masuk hospital pun, mesti Abang Fareez kau tu yang jaga, kan? Haha..”
     “Hm... Fareez.. Aku dengan dia dah clashlah” Farisya terdiam dengan serta-merta. Suasana kembali hening.
     Sunyi..
     Sepi..
     Dengar bunyi cengkerik je lah..
     “Sorry, Fyrana. Aku tak..”
     “Tak ada apa-apa yang nak diminta maafnya,” potong Fyrana laju.
     “Macam mana kau sekarang? Okey?”
     “Macam ni lah.. Tapi, aku kasihan tengok Fareez tu. Yang single depan mata, tak nak ambil. Dok kejar yang dah berpunya tu.”
     “Siapa yang dah berpunya tu?”
     “Fara..”
     “Aik?!! Fara? Sejak bila Fara couple?”
     “Not couple but engaged dah pun. Hampir kahwin dah. Hm.. Tak silap aku, hujung tahun ni.”
     “Eh!! Aku tak pernah tahu pun. Fareez tahu tak?”
     “Entah. Gaya macam tak tahu je. Aku dah try cakap, tapi dia blah macam tu je.”
     “Weh, aku tengok kau macam tak kecewa je.”
     “Hati aku ni sakit jugak. Syukurlah.. Ada penawarnya,” kata Fyrana sambil tersenyum. Farisya bertambah pelik.
     “Siapa orang yang bertuah tu?” tanya Farisya.
     “Hm.. Feezo,” balas Fyrana tenang.
     “Feezo?!!” Farisya terjerit sedikit setelah mendengar nama itu terbit dari bibir Fyrana. Tiba-tiba, telefon bimbit Fyrana berbunyi menandakan talian masuk.
     “Padamkah.. Cinta dalam..”
     “Hello, awak. Kenapa call saya ni?” tanya Fyrana setelah menyambungkan talian.
     “Erk..Betul ke you terima I ni?” tanya Feezo kembali sedikit gugup. Dia begitu terkejut kerana baru sahaja mendapat pesanan ringkas daripada Fyrana yang menyatakan bahawa pujaan hatinya menerima dirinya.
     “Ha'ah.. Kenapa?”
     “Erm.. Takde lah. Macam mana you dengan Fareez? You clash ke?” tanya Feezo berhati-hati.
     “Yup. Untuk pengetahuan awak, Encik Feezo Firdaus anak kepada Dato' Fakhrull, saya telah ditinggalkan oleh Fareez dan.. tak lupa juga, saya sedikit pun tak kecewa. So, awak jangan risau, ye? Jadi, bila awak nak datang merisik ni?” tanya Fyrana secara tiba-tiba. Feezo terdiam.
     “Eyt.. Erm.. Kalau boleh malam ni jugak I nak kahwin dengan you, Fyrana Faizul. Untuk pengetahuan you, I dah bincang dengan family I. Diaorang semua dah setuju. Mama dengan papa I cakap, kalau you dah bagi green light, kitaorang jalan jelah terus,” terang Feezo sambil tersengih-sengih. Dicium-ciumnya bantal golek yang berada di atas katilnya.. Haihh.. Tak sia-sia pengorbanan kau selama ni ye, Feezo.
     “Hm.. Okeylah tu. Okeylah awak, saya nak tidur ni. Nanti bila-bila masa kita bincang lagi. Night. Sleeptight. Muahh!!”
     “Mimpikan I tau. Night..”
     Talian diputuskan. Farisya yang dari tadi hanya mendiamkan diri tertawa kecil. Fyrana hanya tersengih-sengih memandang rakan karibnya itu.
     “First time aku tengok kau bago flying kiss. Rasa kelakar pulak. Hahaha..” masih kedengaran jelas sisa-sisa di hujung kata-kata Farisya. Fyrana turut gelak sama. Farisya menghentikan gelak tawanya.
     “Ringtone kau tu lagu apa?” tanya Farisya tiba-tiba. Fyrana turut berhenti sama.
     “Lagu tadi?” tanya Fyrana kembali. Farisya hanya mengangguk.
     “Tajuk dia 'Aku atau Dia'. Penyanyi, Nubhan. Kenapa?” Mimik muka Fyrana menunjukkan bahawa dirinya sangat tidak memahami apa yang Farisya cuba sampaikan.
     “Kau play kejap lagu tadi tu. Aku nak dengar. Macam pernah dengar je,” pinta farisya. Fyrana mula menekan-nekan punat yang berada pada telefon bimbitnya. Kedengaran satu per satu perkataan didendangkan.
     “Hmm.. Kau sedar tak?” tanya Farisya setelah lagu itu habis dimainkan. Fyrana bertambah pelik.
     “Sedar apa?” balasnya sambil meletak telefon bimbitnya di atas almari kecil dengan berhati-hati.
     “Lagu ni macam situasi yang tengah berlaku kat kau. Yelah.. Semua dalam lirik tu macam kau yang bagi lagu tu kat fareez. Lepas tu, part yang last-last tu macam Feezo yang bagi kat kau. Semua tu boleh jadi, kan?” Farisya membuat andaian dan kesimpulannya sendiri. Fyrana hanya mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan mengiyakan kata-kata Farisya itu.
     “Dah lah.. Aku nak tidur. Nak mimpikan Feezo ni. Bye.. Night. Hee..” Fyrana mengundur diri lalu terus merebahkan diri sambil menarik selimut.
     “Suka hati kau lah. Night..” kata Farisya perlahan dan terus memadamkan lampu. Tanpa dia sedari, Fyrana sedang menangis seorang diri.
     “Fareez.. Kenapa awak macam ni?” katanya perlahan sambil mengesat air matanya yang mengalir deras membasahkan bantalnya.

* * *

     “Fyrana... Kenapa awak tak bagitahu saya pasal hal tu ? Awak...” tanya Fareez. Dikacau sedikit jus orennya dengan menggunakan straw. Fyrana masih lagi mendiamkan diri.
     “Awak...” Fareez terus memujuk. Fyrana hanya mengeluh kecil sebelum berkata.
     “Saya dah cuba tapi awak yang tak nak dengar.”
     Fareez menghela nafas kuat. Perasaannya bercampur baur. Malu, marah sedih dan bersalah. Malu kerana Fara menolaknya, marah kerana Fyrana tidak pernah memberitahunya bahawa Fara sudah bertunang, sedih kerana Fyrana menjawab segala soalannya endah tak endah sahaja dan bersalah. Bersalah kerana telah membuang Fyrana dari hatinya selama ini.
     Tiba-tiba, anak matanya tertarik oleh sesuatu yang sedang dipakai di jari manis Fyrana.
     “Awak... Awak tunang dengan siapa?”
      Tiada jawapan.
     “Atau awak dah kahwin? Tapi... dengan siapa?”
     Masih tiada jawapan.
     “Kalau macam tu, saya nak balik kat awak. Saya tahu saya salah selama ni. Tak dapat bezakan mana emas, mana perak, mana gangsa. Terimalah saya, awak. Saya janji saya akan bahagiakan awak. I'm promise, baby...” rayu Fareez lembut dan tenang.
     “Sorry, Fareez. Tiada peluang kedua untuk awak sebab... Sebab saya dah bertunang. Insya-Allah... Saya dah nak berkahwin pada hujung bulan ni. Feezo kata, dia tak mahu tangguhkan. Lagi cepat, lagi bagus...” terang Fyrana perlahan.
     “Fee... Feezo?!!” Fareez terkejut. Air mukanya terus berubah. Fyrana mengangguk lemah.
     “Maafkan saya, Fareez. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum...” Fyrana mula mengatur langkah meninggalkan Fareez bersendirian.
      Fareez mula menyesali dirinya. Dia tidak boleh berbuat apa kini. Segalanya sudah ditakdirkan.
      “Aku di sini akan sentiasa mendoakan kebahagiaanmu disampingnya, sayang. Amin...” berdoa Fareez dalam hati. Tanpa dia sedari, air mata jantannya mengalir sedikit demi sedikit buat pertama kali.

*p/s : okey, tu je :)

0 komenss: