BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

June 05, 2012

novel : jangan tinggalkan aku~ [3]

     "Cikgu, diorang dah sampai," kata Hasri setelah kakinya menapak masuk ke dalam perpustakaan sekolah. Cikgu Linda segera menyuruh anak-anak buahnya membuka kasut dan terus masuk ke dalam perpustakaan. Anak-anak muridnya hanya mendengar kata.
     Setelah semua pengawas-pengawas itu berkumpul, Cikgu Linda segera mengeluarkan arahan. Dia mula mengarahkan pengawas-pengawas itu menyusun semula buku-buku yang telah diteraburkan oleh murid-murid lain. Biasalah.. Kanak-kanak.
     Selepas tugas itu selesai dijalankan dengan baik oleh pengawas-pengawas perpustakaan itu, Cikgu Linda sekali lagi mengeluarkan arahan. Dia mengarahkan mereka semua menghias perpustakaan itu dengan barang-barang hiasan yang telah dibeli oleh Cikgu Linda. Mereka hanya menurut perintah.
     "Hasri, Hasri.. Sini, tolong cikgu angkat-angkatkan kotak ni pas kat cikgu. Cikgu nak letak kotak-kotak ni semua atas almari ni haa," panggil Cikgu Linda dan terus menerangkan tugas yang perlu dilakukan oleh Hasri kepada pengawas yang lebih kurang kacaknya itu.
     "Ada apa dalam ni, cikgu?" tanya Hasri setelah satu kotak diangkatnya dan dipaskan kepada Cikgu Linda yang sedang memanjat tangga supaya dapat mencapai ketinggian almari itu. Satu lagi kotak diangkat oleh Hasri. Mimik mukanya jelas menunjukkan bahawa kotak-kotak itu sungguh berat. Persoalannya masih dibiarkan sepi oleh Cikgu Linda.
     "Cikgu.. Nah," kata Hasri sambil menghulurkan sebuah kotak yang saiznya besar sedikit berbanding dirinya. Dikuatkan tangannya untuk mengangkat kotak-kotak itu. Cikgu Linda tersenyum sendiri.
     "Cikgu, soalan saya tadi cikgu tak jawab lagi, cikgu," ulang Hasri. Perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak. Cikgu Linda tertawa kecil.
     "Has, kamu ni dah lah kacak. Kuat. Untung siapa yang dapat kamu." Hasri terkedu mendengar pujian yang diberikan oleh gurunya. Dia menundukkan wajahnya yang kelihatan suram agar tidak terlihat oleh gurunya itu.
     "Cikgu puji aku macam ni pun, belum tentu lagi dia pandang aku.." berbisik Hasri perlahan tapi sempat ditangkap oleh cuping telinga Cikgu Linda. Bibirnya yang tersenyum lebar pantas mati apabila mendengar luahan anak muridnya.

***

     Sementara itu, Azim, Liana dan yang lain-lain sedang bertungkus-lumus mengemas dan menghias perpustakaan itu. Kelihatan mereka semua begitu sibuk untuk menghias pusat sumber sekolah itu dengan lebih ceria. Jikalau segala-galanya siap dengan sempurna, insya-Allah, hati mereka akan puas.
     "Liana, meh sini tolong aku kejap!" Lisa memanggil Liana yang sedang berbincang berbincang dengan pengawas-pengawas yang lain. Liana menoleh memandang ke arah gerangan yang memamanggilnya itu.
     "Ada apa?" tanya Liana kembali. Lisa hanya mengangkat tangan dan melambai-lambai sebagai isyarat menyuruh Liana ke tempatnya. Dengan langkah yang malas, Liana mendekati Lisa.
     Dalam masa yang sama, Azim sedang mengangkut kotak-kotak yang dipenuhi barang. Kakinya diatur laju menuju ke arah temannya seorang lagi. tanpa dia sedari, dirinya bertembung dengan tubuh Liana dan akhirnya..
     BUKKK!!!
     "Adess.. Sakitnya.." aduh Liana. Azim sedari tadi hanya mendiamkan diri. Liana membuka matanya. Matanya membuntang apabila terlihat wajah Azim berhampiran dengan wajahnya. Nafas Azim jelas terasa di pipinya. Jantungnya mula menari dengan pantas. Azim masih lagi terdiam dan merenung lembut ke dalam anak mata Liana.
     "Hoi! Berapa lama lagi nak berasmara kat situ?" Ani memeranjatkan kedua temannya itu.
     Azim lantas bangun dari tubuh Liana. Liana juga terus bangun dari terbaring di lantai. Bajunya dibetulkan.
     "Erk.. Liana, maaf. Saya tak sedar awak lalu depan saya tadi," Azim meminta maaf. Liana hanya tersenyum. Tangan yang dihulur oleh Azim, disambut lembut.
     ''Takpe.." kata Liana sambil tersenyum malu. Matanya dilarikan dari anak mata Azim yang sedang merenungnya. Azim juga tersenyum.
     "Hoi.. Berapa lama lagi nak sengih-sengih macam tu? Sambung buat kerja lah, yang!" Ani masih lagi menyakat. Dia tersengih lebar melihat temannya segan silu macam tu.
     "ANI !!!!!" Azim dan Liana menjerit hampir serentak.
     "Ops.. Sorry..."

novel : jangan tinggalkan aku~ [2]

Dua tahun kemudian..

     "Hasri! Hasri! Sini kejap," Cikgu Linda menjerit memanggil anak muridnya. Hasri pantas mengatur langkah mendekati cikgunya itu.
     "Ada apa, cikgu?"
     "Hm. Tolong cikgu panggil semua pengawas pusat sumber sekolah. Cikgu nak minta tolong sikit," pinta Cikgu Linda. Hasri mengangguk, lantas berlari-lari anak keluar dari pusat sumber itu untuk menjalankan tugas.

***

     "Weh, pahal cikgu panggil kita?" tanya Azim. Tangannya pantas diletakkan di atas bahu temannya yang rendah sedikit darinya. Hasri menoleh.
     "Entahlah. Dia suruh aku panggil je. Katanya nak minta tolong sikit," terang Hasri. Azim mengangguk-angguk perlahan.
     "Eh, teman aku pergi kelas Tiga Cemerlang jap. Nak panggil pengawas lain sekali," pinta Hasri. Azim hanya tersenyum.
     "Nak panggil pengawas ke, nak panggil Liana?" usik Azim nakal.
     "Memanglah nak panggil Liana. Diakan pengawas jugak macam kita ni," Hasri masih lagi menafikan apa yang cuba disampaikan oleh Azim.
     "Alaa.. Macam aku tak kenal kau je. Kita kan dah lama jadi membe. Aku tahu kau suka dia. Kenapa tak terus terang je, weh?"
     "Ish, kau ni.. Haih. Kalau aku bagitahu pun, macam lah dia nak pandang aku. Apa je yang ada kat aku ni? Lain lah kau. Aku tahu dia suka kau. Lagipun dari darjah 1 lagi korang kawan. Aku kenal lah orang yang suka sama suka ni macam mana," Hasri memendam rasa. Azim hanya tersenyum mendengar temannya berkata.
     Akhirnya sampai juga mereka di kelas Tiga Cemerlang iaitu kelas kedua. Hasri menyuruh Azim masuk ke dalam kelas untuk meminta izin dari guru yang sedang mengajar di dalam kelas itu. Azim masuk ke dalam. Selepas beberapa minit kemudian, dia keluar kembali bersama Liana dan seorang lagi pengawas lelaki. Mereka mengatur langkah bersama-sama menuju ke pusat sumber sekolah.
     "Awak kelas apa sekarang, Azim?" tanya Liana sambil menoleh ke arah Azim yang berdiri di sebelahnya. Kepalanya didongakkan sedikit untuk melihat wajah Azim yang lebih tinggi darinya. Azim tersenyum.
     "Saya kelas Tiga Gemilang. Kelas pertama tu. Tak macam awak, kelas kedua. Hahaha.." Azim tertawa. Liana mencebik Jarinya pantas mencubit Azim. Azim mengaduh kesakitan. Liana hanya mampu tersenyum sambil tertawa. Perasaan suka mula menyelinap sedikit demi sedikit ke hati mereka berdua masing-masing.
     Di belakang, Hasri hanya mampu berdiam diri.. sendiri...

***