BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

December 26, 2011

harapan~ :')

hai :)
kali ni aku nak buat entry pasal aku pulak. penat dok perah idea mehh =.='
ouh, btw, semua cerita aku dah hantar kat cikgu aku dah, so settle. tinggal nak doa je dia bagi aku jadik penulis tu haa.

ouh ye, cikgu aku tu, penolong kanan 1 kat sekolah aku, Puan Latifah namanya. dia ni penulis novel bawah alaf 21. nama pena dia, Anis Ayuni. well, aku penat lah nak cerita macam mana semua ni boleh jadik. nak taw, carik aku kat fb, senang :]
hm,, btw, novel dia dah diadaptasikan jadik drama. tajuk dia gemersik kalbu. alaa.. cerita kat tv3 yang bakal keluar tu haa. ganti citer apa pun aku taktahu. korang tengok jelaa. aku takboleh tgok sebab nak balik asrama dah. haihh =.=' nasib badan..

hm, so, the conclusion is.. aku harap sangat jadik penulis skrg ni. hm =.=' aku nak tolong family aku ni haa. so, siapa2 yg baca entry aku ni, tolong2 laa doakan aku berjaya, ye? timekase :')

kbai :)
*p/s : dia suka perli aku macam ni, "okey, doe.." =.='
cikgu terbaik lerr.. :)

cerpen : hanya kau yang satu~



     Ikhwan melangkah menuju ke kelasnya. Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Kelasnya sudah bermula pada jam satu yang lalu. Sudah menjadi kebiasaannya masuk ke kelas lewat. Dia sudah lali dengan semua bebelan guru-gurunya.
     Setibanya di kelas, kelihatan pensyarahnya sedang menunggu di hadapan kelas sambil memegang rotan.
     “Aduh! Malang gila nasib aku hari ni. Dah lah bangun lambat, tengah jalan motor rosak pula. Sampai sini rotan pula. Nasib.. Nasib..” Ikhwan berfikir tentang nasibnya sejenak.
     “Woi! Apa yang kamu termenungkan lagi tu?! Cepat pergi duduk sebelum benda dekat tangan saya ni melekat kat badan kamu. Cepat!” jerit pensyarahnya. Kelas yang riuh-rendah dari tadi terus senyap-sunyi.
     “Kan bagus macam ni,” puji pensyarahnya.
     Semua pelajar di dalam kelas itu tersengih-sengih seperti kerang busuk. Ha ha ha.. Gelak Ikhwan melihat telatah dan kerenah kawan-kawannya.
     Dia terus menuju ke tempat duduknya. Dia pelik. Selalunya tempat duduk di sebelahnya kosong. Hari ini ada beg pula. Beg siapa ni? Fikir Ikhwan.
     Matanya tertumpu kepada seorang gadis yang bertudung menuju ke tempatnya.
     “Siapa pulak minah ni?” tertanya-tanya Ikhwan.
     “Hai, budak baru ke? Tak pernah nampak pun selama ni,” nafas Ikhwan yang berbau rokok menusuk hidung gadis itu. Dia segera menekup hidungnya dengan tudung.
     “Awak hisap rokok ke?” tanya gadis itu tidak jelas.
     “Apa dia?”
     “Hisap rokok ke?”
     “Ha? Tak dengar. Ulang balik.”
     “Ikut awak la!!” marah gadis itu.
     “Dah, orang kat sini tak dengar, nak buat macam mana? Kena marah pulak,” jelas hati Ikhwan. Ikhwan terus menumpukan pelajarannya.

* * *

     “Hai,” tegur Ikhwan.
     “Mamat ni lagi.. Tak tahannya hidup aku!”
     “Em, maaf... Hari tu saya tak kenalkan diri lagi. Nama saya Ikhwan. Muhd Ikhwan Hakimi. Nama?” berucap Ikhwan panjang lebar sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat.
     “Nama saya..” tidak sempat bagi gadis itu untuk berkata-kata, muncul seorang gadis yang terus memeluk erat lengan Ikhwan. Ikhwan hanya menggaru kepala.
     “Hai Ikhwan! Wan pergi mana? Lama dah sayang tunggu kat motor, tak sampai-sampai pun,” kata gadis itu mengada-ngada.
     “Lia, boleh tak Lia berkelakuan elok sikit kat depan orang ramai ni? Tak malu ke?” tanya Ikhwan rimas.
     “Maaf, saya pergi dulu,” kata gadis itu.
     “Eh! Tunggu dulu,” jerit Ikhwan. Dia tidak boleh berganjak dari situ kerana Kamelia memegang tangannya erat.

* * *

     “Apa yang aku nak buat sekarang?” tanya Ikhwan seorang diri. Dia terus merebahkan dirinya di atas katil yang bercadarkan cadar yang berwarna biru laut.
     “Aduh! Aku harap dia tak marah pasal tadi tu,” kata Ikhwan. Tanpa dia sedari matanya terlelap pada petang itu.

* * *

     “Puas date semalam?” terkejut Ikhwan mendengar teguran yang hadir dari arah belakangnya. Hampir tersedak dia minum air sirap itu.
     “Kalau ye pun nak tegur, bagi lah salam dulu. Ni tidak, main redah je,” tegur Ikhwan.
     “Assalamualaikum. Puas?”
     “Waalaikumussalam. Rajin pula awak tegur saya hari ni. Kenapa rindu ek ? He he..” kata Ikhwan gatal.
     “Tak ada masa saya nak rindu kat awak. Nama saya Akid. Nur Akidatul Alia. Semalam awak tanya kan? Nah.. Ambil..” Akid mencebik.
     Nur Akidatul Alia rupanya. Manis juga nama dia macam mukanya juga. He he.. Tergelak kecil Ikhwan.
     “Nah. Saya ada surat untuk awak. Harap awak insaf lepas baca surat ni. Amin..” kata Akid sambil menghulurkan surat yang berwarna merah jambu kepada Ikhwan. Ikhwan menyambutnya dengan baik.
     “Surat apa ni?”
     “Adalah. Okeylah, saya pergi dulu. Assalamualaikum,” kata Akid.
     “Waalaikumussalam,” jawab Ikhwan sambil melihat Akid meninggalkannya.

* * *

     Sambil berjalan kaki menuju ke rumah selepas habis waktu kelasnya, Ikhwan membuka surat yang diberikan oleh Akid tadi.


Assalamualaikum.
Tengah buat apa tu? Saya harap awak okey je. Em.. Saya nak tegur sikit boleh tak? Jangan marah tau.

First thing yang saya nak tegur pasal awak. Awak hisap rokok ke? Please, tolong berhenti. Saya tak tahan dengan nafas awak yang berbau rokok tu. Rokok tu bahayalah awak. Saya harap awak tak marah tau ni.

Second, pasal awek awak tu. Jaga dia elok-elok tau. Nanti awak kahwin dengan dia, awak tanggung semua dosa dia. Suruhlah dia pakai tudung, jangan mengada-ngada depan orang. Tak malu ke?

Third, pasal muhrim. Bukan ke lelaki dan perempuan yang boleh kahwin tak boleh bersentuhan tanpa lapik? Awak tak belajar agama ke? Saya harap awak faham lah, okey? And cubalah berubah.
Jangan marah tau. Ini hanyalah teguran dari saudara se-islam.

Yang Ikhlas,
Akidatul Alia

     “Pergh! Terasa habis aku. Mulut dia boleh tahan jugak,” kata Ikhwan berseorangan.
     “Insya-Allah, aku berubah,” tekad Ikhwan.

* * *

     “Lia, cubalah Lia pakai tudung. Mana tau Lia cantik ke cun ke, cute atau comel ke nanti? Lagilah Wan sayang Lia,” pujuk Ikhwan melalui telefon bimbitnya.
     “Eiii, kenapa dengan Wan ni? Selama ni, tak pernah pula Wan cakap macam ni dengan sayang. Gila ke?” tanya Kamelia.
     “Ha'ah, memang Wan gila. Wan gilakan Lia lah Wan buat macam ni. Sebab Wan sayangkan Lia lah Wan minta Lia berubah. Nanti kita kahwin, Wan yang kena tanggung dosa Lia. Lia tak sayang Wan ke?” tanya Ikhwan lagi.
     “Jauhnya Wan fikir. Sampai kahwin pula perginya. Lima tahun lagi pun tak tentu lagi kita still bersama atau tak, okey? Dah lah, malas sayang nak layan Wan ni. Bye,” marah Kamelia. Dia terus memutuskan panggilan telefon.
     “Lah.. Marah ke?” fikir Ikhwan.

* * *

     “Hai.. Orang tu dah stop smoking ke?” perli Akid sambil menuju ke tempat duduknya.
     “Em, bolehlah. Dalam proses lagi. He he..” tergelak kecil Ikhwan.
     “Awal datang..”
     “Dah insaf. Awak bagi saya surat tu, saya terus insaf,”
     “Boleh percaya ke? Habis tu awek awak tu saya tengok sama je. Tak ada perubahan pun,” kata Akid sambil matanya mengekori Kamelia.
     “Awak, boleh tolong tak? Tolong jangan sebut pasal dia lagi. Tak tahan lah.”
     “Okey. Saya minta maaf. Saya takkan buat lagi. Ha ha..” gelak Akid.
     “Ikut kau lah,” kata Ikhwan sambil meninggalkan Akid yang tercengang kehairanan itu.
     “Salah aku ke? Hm..” gumam Akid perlahan.

* * *

     Ikhwan pergi ke Mid Valley untuk melepaskan tekanannya. Dia tidak tahan dengan semua yang berlaku di sekelilingnya. Dia menyukai Akid tetapi dia amat menyayangi dan mencintai Kamelia. Dia buntu sekarang.
     Sedang Ikhwan berjalan-jalan, dia telihat seorang gadis bersama seorang lelaki berpegangan tangan. Dia rasa seperti amat mengenali susuk tubuh badan gadis itu. Apabila gadis itu pusing, Ikhwan terpanar. Lalu menyorokkan dirinya di sebalik tembok.
     “Kamelia?! Apa semua ni?”

* * *

     “Hello. Kamelia ada tak?” tanya Ikhwan menerusi panggilan telefon.
     “Lia lah ni. Wan call Lia ni ada apa, sayang?” jawab Kamelia.
     “Lia, first thing, sorry if Lia terasa dengan lagu yang akan Wan nyanyi untuk Lia. Second..”
     “Eh, lagu apa pula ni Wan?” potong Kamelia tidak sabar.
     “Dengar je dulu.”
     “Okay, sorry potong,” Kamelia meminta maaf atas ketidaksabarannya itu.
     “Second, lepas je Wan nyanyikan lagu ni kat Lia, Lia buat tak tahu je bila kita jumpa, okey?” pinta Ikhwan. Nada suaranya begitu perlahan.
     “Kenapa? Apa semua ni, Wan?” tanya Kamelia setelah terdiam sebentar. Hatinya jelas mengatakan bahawa dirinya akan menjadi solo semula. Itu adalah perkara yang sangat-sangat ditakuti olehnya.
     “Just hear what I want to say!!” kata Ikhwan dengan nada yang tegas. Terdiam Kamelia setelah ditengking sebegitu.
     “Lagu untuk Lia. Dengarlah, 'Kamelia',” kata Ikhwan. Dia menarik nafasnya perlahan untuk memulakan nyanyian.

“Kamelia..
Maafkanlah aku
Kerna ku tak bisa
Temani tidurmu

Kamelia..
Lupakanlah aku
Jangan pernah lagi
Kau temui aku

Kau..
Wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku
Kau..
Wanita yang tegar
Ku mohon lupakanlah aku

Sudahlah jangan menangis lagi
Ku rasa cukuplah sampai di sini
Mungkin di suatu saat nanti
Ku temui cinta yang sejati

Sudah cepat lupakanlah aku
Jangan pernah ungkit masa lalu
Ku tahu kekasihmu pun tahu
Kau pernah menjadi kekasihku
Kamelia..”
*lirik telah diubah

     Ikhwan menghentikan nyanyiannya. Air matanya yang bertakung di tubir matanya, akhirnya gugur juga. Sebelum ini, Ikhwan tidak pernah menangis hanya disebabkan seorang insan yang bernama perempuan.
     “Bye, Kamelia..” Ikhwan memutuskan talian.
     “Ikhwan!! Jangan tinggalkan sayang.. Kenapa, Ikhwan? Kenapa?!” Kamelia menjerit kesedihan.
     “Sorry, Lia..” ucap Ikhwan perlahan.

* * *

     Dalam diam Akid menyukai Ikhwan, cuma dia berfikir dia hanya bertepuk sebelah tangan kerana Ikhwan sudah pun dimiliki. Sedangkan dia tidak mengetahui langsung tentang hubungan Ikhwan dan Kamelia setakat ini.
     “Ikhwan, awak ada masalah ke? Cuba cerita dengan saya. Saya tengok awak ni macam takde mood je. Ceritalah.. Mana tahu saya boleh tolong ke,” jelas Akid.
     “Takde apa-apa lah. Awak, tolong tinggalkan saya bersendirian, boleh?” pinta Ikhwan. Dia tidak mahu diganggu oleh sesiapapun buat masa ini. Hatinya masih lagi sakit dan sedih atas keputusannya sendiri yang tegar meninggalkan Kamelia. Walaupun, pada hakikatnya, dia sepatutnya tenang setelah meninggalkan perempuan yang mencurangi cintanya.
     “Okey, saya pergi dulu. Kalau awak ada apa-apa masalah yang nak dikongsikan dengan saya, saya ada di kantin. Kalau awak yang nak share lah, kan? Saya pergi dulu. Assalamualaikum,” kata Akid pantas membelakangi Ikhwan dan melangkah pergi. Akid kecewa. Dia hanya ingin menolong insan yang disayangi sahaja. Salah ke? Oh ya, Ikhwan tak tahu yang aku sayang dia. Takpe lah.. monolog Akid sendiri.
     “Kalau lah kau tahu perasan aku..”
     “Akid! Akid! Tunggu kejap, Akid!” kedengaran jelas suara Ikhwan yang sedikit garau itu memanggilnya. Dia menoleh. Riak wajahnya bertukar kembali menjadi biasa dari wajahnya yang suram itu tadi.
     “Nak apa?” tanya Akid. Sebuah senyuman diberikan. Itu hanyalah untuk menutup kegugupannya semata-mata.
     “Sebenarnya.. Benda ni bukan masalah pun. Cuma hati aku tak tenteram selepas..” Ikhwan memberhentikan kata-katanya. Digaru-garu belakang lehernya yang tidak gatal.
     “Selepas?” tanya Akid.
     “Selepas.. Aku putuskan hubungan aku dengan dia,” terang Ikhwan perlahan. Akid terkedu. Sepatutnya dia melompat gembira, tetapi.. Hatinya sendiri sedih melihat wajah Ikhwan yang suram itu. Dia juga dapat merasakan kesakitan yang dialami oleh Ikhwan.
     “Ma..macam mana boleh jadi macam ni?” tanya Akid berhati-hati.
     Ikhwan menarik nafas perlahan-lahan. Dia mula menguatkan dirinya untuk menceritakan semuanya kepada Akid. Segala-galanya dilepaskan pada Akid. Air matanya yang berada ditubir mata ditahan. Ego untuk melepaskannya keluar.
     “Ikhwan..” berbisik hati halus Akid apabila dilihatnya mata Ikhwan mula berkaca.

* * *

     “Ikhwan!! Ikhwan!! Tunggu sekejap. Ikhwan!” panggil Kamelia sambil mengatur langkah selaju mungkin untuk mengejar Ikhwan. Ikhwan berpaling apabila hatinya semakin lama semakin panas mengenar teriakan perempuan curang itu.
     “Kau nak apa lagi dari aku? Hah?!!” tengking Ikhwan. Kamelia terdiam. Dia mula mencari seberapa banyak kekuatan untuk bersemuka dengan Ikhwan.
     “Kenapa Ikhwan putuskan hubungan kita? Apa salah Lia sampai Wan hukum Lia macam ni? Please.. Terangkan pada Lia,” pujuk Kamelia. Ikhwan mendengus.
     “Aku hukum kau, atau kau yang hukum aku? Apa salah aku sampai kau sanggup curang belakang aku? Huhh.. Sudahlah..” perli Ikhwan kembali. Mimik mukanya jelas menunjukkan bahawa dirinya masih memarahi Kamelia. Mana mungkin ada lelaki yang sanggup melihat wanita yang disayanginya mencurangi cintanya.
     “Curang? Lia tak pernah curang dengan Wan? Bila pulak ni? Siapa yang buat cerita karut macam ni?” dalih Kamelia. Wajahnya kelihatan ketakutan. Nada suaranya jelas menunjukkan bahawa dirinya menipu.
     “Tiada siapa nak buat cerita macam ni. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri la, perempuan!” Tahap kesabaran Ikhwan semakin tercabar.
     “Okey.. Okey.. Lia minta maaf, okey? Lepas ni Lia janji, Lia takkan keluar dengan mana-mana lelaki lagi,” Kamelia menaburkan janji palsu.
     “Janji.. Janji.. Pergi mati lah,” balas Ikhwan kasar lalu meninggalkan Kamelia yang masih terkedu di situ.
Secara perlahan, air mata Kamelia mula menitis. Kini, dia menyesali segala perbuatannya selama ini.

* * *

     Dalam pada itu, Ikhwan menjadi semakin lama semakin rapat dengan Akid. Ya.. Akid tidak pernah menyangka itu semua. Tetapi, hatinya masih lagi rasa bersalah terhadap Kamelia, kerana mungkin Kamelia akan menganggapnya merampas Ikhwan. Dengan pantasnya, Akid menggeleng-gelengkan kepalanya.
     “Kenapa dengan awak ni, Akid?” tanya Ikhwan memecahkan lamunannya sebentar tadi. Akid menggelengkan kepalanya perlahan sekali lagi.
     “Tak ada apa..”
     Aku perlu hapuskan perasaan ini secepat mungkin. Kerana, aku tahu, Ikhwan tak mungkin akan suka aku. Yess.. I'm just a simple person. Aku tak lawa. Aku tak cantik macam Kamelia tu. Lagipun, di hati Ikhwan hanya ada Kamelia sehingga kini. Biarpun, Ikhwan dah kembali tersenyum selepas dua bulan putus dengan Kamelia, tapi, aku sedar. Masih ada garis-garis kecewa yang terpancar dari mata Ikhwan. Ya, sebab itulah, aku tidak pernah sanggup meluahkan perasaanku kepada Ikhwan. Biarlah, aku tegar begini..
     “Akid? Awak demam ke ni? Termenung je dari tadi. Entah apa yang saya cerita kat awak pun, awak tak dengar tadi kan?” Ikhwan sekali lagi memecahkan lamunan Akid.
     “Haa.. erk.. Takde apalah, Wan,” balas Akid pendek. Anak matanya dilarikan. Ikhwan hanya mengangguk perlahan. Mukanya jelas memancarkan rasa kecewa apabila Akid tidak mendengar sepatah pun ayat malah perkataan dari bibirnya. Lagi-lagi huruf. Haihh.. Minah seorang ni. Memang nak kena betul lah dengan aku.
     “Urm.. Ikhwan, apa yang awak cakap tadi? Ulang lah balik,” pinta Akid setelah terlihat wajah Ikhwan berubah secara tiba-tiba.
     “Takde apa,” Ikhwan mula berjauh hati. Konon merajuk lah tu.
     “Ulang jelah..”
     “Tak nak.”
     “Ulang..”
     “Tak nak.”
     “Baik awak ulang. Okey, okey. Saya janji saya dengar awak cakap lepas-lepas ni. Hm, apa yang awak cakap tadi?” pujuk Akid. Ikhwan menarik nafas. Dia mula berkata-kata setelah didesak oleh Akid.
     “Hm.. Sebenarnya..”
     Lalu, seorang mahasiswa menghidupkan motorsikal RXZnya berhampiran dengan Ikhwan dan Akid. Akid kebingungan. Sepatah kata yang terbit dari bibir Ikhwan tidak didengarnya. Setelah berlalu motor itu, Akid melihat Ikhwan tersenyum sendiri. Dia semakin bingung.
     “Kejap, apa awak cakap tadi? Tolong ulang balik. Saya tak dengar langsung tadi,” pinta Akid. Keningnya bertaut.
     “No. Saya takkan ulang balik. Mahal tau kata-kata saya tadi. Satu peluang je,” terang Ikhwan sambil tersenyum. Jari telunjuknya dinaikkan sebagai tanda satu peluang sahaja yang diberikan kepada Akid.
     “Alaa.. Tadi kan ada junior hidupkan motor, mana lah saya dengar apa yang awak cakap. Bising lah tadi,” mohon Akid lagi. Ikhwan hanya mampu tersenyum dan melangkah pergi. Tangannya disilangkan di belakang kepalanya.
     “Ikhwan!”
     Ikhwan menoleh, lalu berkata..
     “Saya cintakan awak, Akid. Awak bukan kaca mahupun gelas yang selama ini saya temui, tapi mutiara, permata yang selama ini saya cari. Hanya Nur Akidatul Alia yang saya sayangi. Hanya awak yang satu dalam hati saya ini, Akid. Hanya awak,” terang Ikhwan satu-persatu. Pantas menoleh ke hadapan dan mengatur langkah semula.
     Akid masih lagi terkedu.
     “Awak nak ikut saya tak? Kalau awak ikut, maksudnya, awak sayang saya. Dan, semestinya awak ikut saya, kan?” kata Ikhwan tanpa menoleh sedikit pun ke belakang. Hatinya jelas mengatakan bahawa Akid akan mengekorinya.
     “Kenapa pulak saya mesti ikut awak?” tanya Akid sambil langkahnya dicepatkan untuk mengekori lelaki itu dari belakang. Setelah kakinya separas dengan Ikhwan, jejaka itu mula berbicara.
     “Sebab awak sayang saya. Dan, saya tahu itu. Dan sekarang awak tak boleh patah balik, sebab awak dah terima saya. Terima kasih, ye?” Ikhwan berkata-kata dalam nada gurauan biarpun makna yang diucapkannya begitu mendalam.
     “Sejak bila saya terima awak?” soal Akid lagi.
     “Sejak kaki awak sama-sama melangkah dengan saya sekarang,” balas Ikhwan sambil tersenyum lebar. Dijelingnya sedikit wajah Akid yang menunduk menahan malu.
     Sayang, saya janji, saya akan jaga awak dengan baik. Percayalah.. Ya, Nur Akidatul Alia akan bertakhta di hatiku buat selama-lamanya. Oh Tuhan, berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi ujian-ujian yang akan datang yang akan kau berikan kepada kami. Semoga hubungan kami akan berkekalan sehingga di Jannah kelak. Amin..

*p/s : hahaha, cerita yang banyak kali diubah :P

December 21, 2011

cerpen : dan bila esok~


(ost dan bila esok - sofazr)


     Daun-daun kering dari pohon yang rendang gugur menutupi tanah perkuburan apabila di tiup angin. Air mataku menitis buat kali ke berapa pun aku tidak tahu. Menitis kerana menyesali perbuatanku terhadapnya. Kini, aku hanya boleh mengimbau masa lalu ketika aku bersamanya. Aku rasa baru sahaja tadi aku menghinanya. Baru sahaja tadi, aku mengkejinya. Baru sahaja tadi, aku mencacinya. Kini, hanya air mata yang dapat aku berikan. Hanya tangisan yang dapat aku nyanyikan. Hanya doa yang dapat aku hadiahkan. Kini, kau telah berada di sana bersama insan yang kau sayangi, yang kau cintai, yang tak pernah kau temui iaitu, papa. Aku disini akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu di sana. Amin..

* * *

     Yasmin Harlina melangkahkan kakinya menuju ke arah fakulti kejuruteraan. Yasmina Haslinda bersama teman-temannya serta teman lelakinya hanya memandang pelik. Hairan.
     Oh.. Ni ke pelajar baru tu? Muka macam tu, ada hati nak masuk sini. Gaya nampak sangat budak kampung, miskin. Bisik hati kecil Yasmina Haslinda. Entah mengapa hatinya sakit melihat Yasmin Harlina menuju ke arahnya.
     “Assalamualaikum. Saya, Yasmin Harlina, pelajar baru di fakulti ni. Boleh saya duduk sini?” tanya Yasmin Harlina ramah. Yasmina Haslida hanya menjeling tajam. Teman lelakinya, Daniel Ezairy memandangnya lalu bangun dan merapati Yasmin Harlina. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa runtunnya hati Yasmina Haslinda betapa sakit hatinya tatkala melihat Daniel Ezairy menyapa Yasmin Harlina.
     “Urm.. Sorry pasal girlfriend saya tu. Sebenarnya sini tiada kosong. Tapi, Kalau awak nak duduk, bolehlah duduk kat sebelah saya,” Daniel Ezairy mengakhiri kata-katanya dengan sebuah senyuman.
     Cis.. Bukan main lagi kau dengan minah kampung tu. Siap senyum-senyum lagi tu. Dengan aku pun, belum tentu lagi kau nak sengih macam tu. Jumpa je, gaduh. Jumpa je, berperang. Erghh.. desis hati keji Yasmina Haslinda lagi.
     “Bolehlah. Asalkan saya ada tempat duduk untuk belajar. Lagipun, saya baru lagi kat sini. Harap awak boleh tolong tunjukkan saya sekitar universiti ni, ye?”
     Daniel Ezairy hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Yasmin Harlina. Hati Yasmina Haslinda semakin panas tatkala Daniel Ezairy bersetuju hendak menemankan Yasmin Harlina ke sekitar universiti. Rakan-rakannya yang menyedari perubahan pada air mukanya terus menepuk-nepuk bahunya perlahan supaya dirinya bersabar.
      Daniel Ezairy bersama Yasmin Harlina melangkah pergi meninggalkannya Tanpa menoleh. Perasaan cemburu dan sakit hatinya bercampur-baur menguasai lubuk hatinya.

* * *

     “Alaa.. Mina, Ez layan dia macam kawan je. Yang Mina nak jealous lebih- lebih tu, kenapa? Ez kesian tengok dia. Dah lah baru masuk hari ni, mana nak jumpa kawan pun susah. Kesianlah dia, Mina,” pujuk Daniel Ezairy. Dia mengeluh.
     “Ez, Mina bukan tak bagi Ez kawan dengan dia, cuma.. Mina tak suka Ez rapat sangat denga dia. Dah lah dia tu miskin. Masuk pulak universiti swasta macam ni. Cubalah cermin diri tu sikit,” kata Yasmina Haslinda melepaskan geram. Perasaan cemburunya membara kembali apabila Daniel Ezairy menyokong perempuan yang tidak bersalah itu.
     “Awak tak suka dia atau.. Awak jealous? Sudahlah. Saya faham sangat perangai awak tu. Tak payahlah nak berdalih lagi,” balas Daniel Ezairy. Mata Yasmina Haslinda membuntang apabila Daniel Ezairy menggunakan panggilan 'saya, awak' ketika berkomunikasi. Mana pernah mereka menggunakan panggilan itu. Kebiasaannya, panggilan nama atau sayang atau manja-manja sahaja yang selalu menjadi santapan telinga mereka apabila bertemu. Ini tahap kritikal ni!!
     “Ez, saya nak jealous? Cemburu? Kisah pun tak. Pergilah dengan dia. Saya tak kisah. Pergilah teman dia. Dia kan girlfriend baru awak. Saya tak kisah pun. Pergilah,” nada cemburu dan sindiran jelas kedengaran dalam kata-kata yang dilontarkan oleh Yasmina Haslinda itu. Anak matanya segera dilarikan apabila melihat anak mata Daniel Ezairy merenung tajam menusuk hingga ke kalbunya.
     “Okey, fine.. Kalau awak rasa saya dah tak diperlukan, awak dah tak sayang saya, cintai saya, awak dah ragui kesetiaan saya pada awak. Baik, saya pergi. Baik awak fikir baik-baik sebelum saya putuskan hubungan kita ni!” tengking Daniel Ezairy lalu mengatur langkah meninggalkan Yasmina Haslinda sendiri. Perasan kecewa mulai terbit di lubuk hatinya yang kecil. Terasa punah harapannya untuk membina mahligai yang indah bersama Yasmina Haslinda setelah tamat belajar nanti. Segala-galanya hancur.
     Yasmina Haslinda terkedu. Betul ke apa yang aku dengar tadi? Bisik hati kecilnya. Jantungnya seakan-akan berhenti dan terus gugur apabila mendengar kata-kata Daniel Ezairy. Terasa seperti darahnya berhenti mengalir..
     “Baik awak fikir baik-baik sebelum saya putuskan hubungan kita ni!!”
     Yasmina Haslinda terjelupuk jatuh lalu menangis sepuas-puasnya. Kini, dirinya tiada erti. Hiduplah dirinya sendiri di alam yang fana ini.

* * *

     Yasmin Harlina hanya tersenyum apabila terserempak dengan Yasmina Haslinda tetapi Yasmina Haslinda sebaliknya. Dia menghadiahkan jelingan yang tajam ke arah Yasmin Harlina yang sedang berjalan berdua bersama Daniel Ezairy.
     Pergi mampus lah kau! Fikir lawa sangatlah senyum macam tu? Dah lah rampas balak aku. Dasar perampas. Ada hati lagi nak senyum kat aku? Ish.. Blah lah!! Jerit hatinya. Perasan marah membuak-buak memenuhi ruangan hatinya yang keras dan ego yang meninggi itu. Dia mempercepatkan langkahnya meninggalkan dua merpati sejoli itu.

* * *

     “Daniel, kenapa dengan Mina tu? Dari hari pertama saya masuk sampai sekarang, sama je. Saya senyum pun salah. Inikan pulak, nak tegur,” Yasmin Harlina melepaskan keluhan selepas mengakhiri kata-katanya. Daniel Ezairy hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Beribu-ribu soalan terus menerjah akal fikirannya. Soalan yang tiada jawapannya. Dia hanya mendoakan agar Yasmina Haslinda akan terbuka hati untuk menerima dirinya.

* * *

     “Aku ceraikan kau! Kau curang! Kau tipu aku!” tengking seorang lelaki dewasa yang berumur dalam lingkungan 30 tahun. Kelihatan seorang wanita menangis teresak-esak sambil memeluk kaki kanan lelaki itu. Lelaki itu menyepak tubuh wanita yang teraniaya itu. Di belakang lelaki itu, terdapat seorang lagi wanita. Dia tersenyum sinis melihat lelaki itu meneking isterinya.
     “Abang.. Zah tak salah, bang. Zah tak salah. Zah sanggup bersumpah yang Zah tak salah. Semua ni fitnah! Fitnah!!” meraung wanita itu. Kemarahan lelaki itu semakin membara. Terdengar kuat tangisan dua orang kanak-kanak perempuan yang hampir sama wajahnya.
     “Woi, perempuan! Kau fikir laki kau nak percaya ke, haa?! Kau kalau depan dia macam malaikat, kat belakang macam setan! Kau tahu tak yang laki kau ni dah tak nak kat kau,” marah wanita yang berada di belakang lelaki itu. Kemudian, dia menyambung, “Sudahlah, bang, tinggalkan dia. Buat apa abang nak kesiankan dia? Bohsia, cikaro, pelacur macam ni, lebih baik abang buang je. Dia tu tinggal sepah je,” hasutnya lagi.
     Perasaan benci lelaki itu terhadap isterinya semakin membara apabila termakan akan hasutan iblis durjana itu. Isterinya masih lagi melutut di hadapannya meminta ampun. Dia terus menarik rambut isterinya lalu menghentak dan menghempaskannya di dinding. Cecair merah pekat mula mengalir. Dibiarkan sahaja wanita itu mengerang kesakitan. Dia terus mengatur langkah dan menarik tangan salah seorang kanak-kanak itu.
     “Jom ikut papa, Linda! Tinggalkan mama dengan Lina kat sini. Diorang semua tu sama je. Kalau Linda nak ikut mama, kenalah Linda dengan papa nanti. Entah-entah, nanti Linda terkena sekali 'penyakit' mama tu. Bila nak insaf, entah,” lelaki itu mengheret budak perempuan itu. Tangisan Linda semakin lama semakin kuat. Isterinya hanya boleh melihat dari jauh. Tiada daya untuk menghalang.
     Lina terus menerpa ke arah mamanya. Dia terus memeluk wanita itu. Wanita itu membalas pelukan anaknya sambil menahan sakit.
     “Papa tak berhak nak tarik Linda untuk ikut papa! Linda nak ikut mama jugak. Nak ikut mama jugak!!”
     Pangg!!!
     Satu tamparan hebat terasa di pipi Yasmina Haslinda. Air matanya menitis lagi. Sejak dua menjak ini, tidurnya sering diganggu oleh mimpi ngeri ini. Dia terus tersedu-sedan berseorangan di situ.
     “Kenapa aku selalu dapat mimpi ni? Kenapa?!” tanya Yasmina Haslinda tanpa jawapan.

* * *

     Yasmin Harlina berjalan bersama teman barunya menuju ke Fakulti Kejuruteraan. Mereka berborak-borak kosong. Kedengaran selang-seli gelak tawa dari mereka.
     “Nak dengar tak? Malam tadi, saya ada dapat satu mimpi. Bagi saya mimpi tu ngeri. Rasa macam real,” terang Yasmin Harlina. Dahi Daniel Ezairy bertaut.
     “Awak mimpi apa? Mimpi saya tinggalkan awak, ye?” Ada sedikit nada gurauan dalam suara garau Daniel Ezairy itu.
     “Ish.. Ke situ pulak dia. Saya mimpi pasal seorang lelaki dengan seorang perempuan. Nama dia, Zah. Diorang suami isteri. Lepas tu, ada lagi seorang perempuan dengan dua orang kanak-kanak perempuan, kembar kot,” berhenti Yasmin Harlina.
     “Lepas tu?” tanya Daniel Ezairy.
     “Urm.. Lepas tu, lelaki tu pun tengking isteri dia. Dia marah-marah. Yang menaikkan lagi marah lelaki tu sebab dia pergi dengar hasutan seorang lagi perempuan tu. Lelaki yang dah terhasut tu pun, terus hentak-hentak kepala Zah tu kat dinding. Lepas tu, saya tersedar,” cerita Yasmin Harlina panjang lebar. Daniel Ezairy yang setia mendengar dari tadi hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami kata gadis itu.
     “Alaa.. Awak tak payahlah fikir sangat tentang hal tu. Mimpi saja, kan?” pujuk Daniel Ezairy walaupun hatinya berasa tidak tenang.
     “Yelah..” balas Yasmin Harlina. Mereka berborak semula. Gelak ketawa terus kedengaran. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang melihat, ada sepasang telinga yang mendengar.
     “Takkanlah dia...”

* * *

     “Papa, lebih baik papa cakap. Betul ke Linda ada kembar? Linda nak tahu sekarang jugak!” tangking Yasmina Haslinda. Papanya, Dato' Mokhtar yang baru sahaja pulang dari tempat kerjanya terkejut mendengar terjahan anaknya.
     “Apa yang Linda cakap ni? Papa tak fahamlah,” ujar Dato' Mokhtar. Sel-sel otaknya tidak berhenti dari menjalankan tugas. Pening kepala dibuatnya. Tadi, dia berkecimpung dalam masalah di pejabat. Sekarang, terperangkap dengan masalah di rumahnya pula. Yasmina Haslinda menarik muncung.
     “Papa, betul ke Linda ada adik kembar? Betul ke mummy bukan mama Linda yang sebenar? Betul ke papa dah ceraikan mama kandung Linda? Mengaku sajalah, papa. Linda boleh terima,” nada sindiran berlagu dalam kata-kata Yasmina Haslinda itu tadi. Dato' Mokhtar terkedu. Air kopi yang telah disediakan oleh Mak Teh, orang gajinya terbantut untuk diminum. Otaknya ligat memikir ayat yang boleh merahsiakan kisah sebenar.
     “Hm.. Dari mana Linda dapat tahu semua ini? Dengar dari orang ke? Tak payahlah percaya. Semua tu dusta je,” bohong Dato' Mokhtar. Dia melihat anak tunggalnya masih lagi berdiam diri. Janganlah tanya soalan macam ni lagi kat papa, Linda.. Desis hatinya.
     “Okey, Linda percaya kata-kata papa. Tapi, kalau papa tipu, Linda tak teragak-agak untuk tinggalkan papa sebagaimana mummy tinggal kita dulu. Ingat tu selalu, ye papa?” Yasmina Haslinda mempercayai kata-kata Dato' Mokhtar itu bulat-bulat. Kedengaran helaan nafas lega dari Dato' Mokhtar.
     Yasmina Haslinda terfikir sejenak. Mungkin betul kata papa. Takkanlah sebab mimpi aku dengan Min sama, aku dengan dia kembar? Kebetulan kot. Sudahlah dia tu budak kampung. Tak sepadan langsung dengan aku. Desis hati halusnya.
     Dato' Mokhtar mencapai senaskah surat khabar di hadapannya lalu diselak. Yasmina Haslinda terus mengatur langkah meninggalkan papanya menuju ke bilik. Dato' Mokhtar hanya menghantar Yasmina Haslinda hingga ke anak tangga pertama dengan ekor matanya sahaja.

* * *

      “Min, mari sini kejap. Mama nak cakap sesuatu ni,” panggil mama Yasmin Harlina, Puan Azizah. Yasmin Harlina mengira langakahnya ke arah ruang tamu sambil membawa dua gelas minuman. Segelas untuknya, segelas lagi untuk mamanya.
     “Apa dia, mama?” tanya Yasmin Harlina hairan sambil mengatur segelas air milo panas kepada mamanya. Puan Azizah menyambutnya lembut. Yasmin Harlina menanti sambil menghirup air milo panas itu perlahan-lahan. Puan Azizah menarik nafas sebelum memulakan bicara. Hari ini, segala-galanya akan terbongkar.

* * *

     “Daniel, kalau satu hari nanti saya tak ada, tolong bagi sampul ni kat Mina, ye? Hanya awak yang boleh tolong saya. Dan satu lagi, kalau saya dah pergi, awak tolong jaga Mina baik-baik, ye? Saya mohon, awak,” rayu Yasmin Harlina. Entah mengapa air matanya tidak mahu lekang mengalir. Daniel Ezairy hairan melihat air mata wanita ayu itu mengalir sederas-derasnya. Mahu sahaja dilapnya air mata itu. Tapi, apakan daya. Dia hanya boleh melihat.
     “Nanti saya cerita,” kata Yasmin Harlina lalu melangkah pergi.

* * *

     Yasmina Haslinda melintas jalan raya bersama teman-temannya. Gelak ketawa jelas kedengaran. Tiba-tiba, seorang lelaki yang turut sama melintas tetapi melawan arus arah bertentangan dengannya, terlanggar bahunya. Barang-barangnya habis berselerak. Lelaki itu hanya meninggalkannya bersendirian. Teman-temannya tidak menyedari akan hal itu. Yasmin Harlina yang sedang berjalan bersama Daniel Ezairy memerhati dari jauh.Dia melangkah menuju ke arah Yasmina Haslinda dan terus menolongnya mengutip buku-buku yang bertaburan. Yasmina Haslinda yang mula menyedari tindakan gadis ayu itu terus menolaknya ke tepi. Yasmin Harlina terduduk.
      Hadir sebuah kereta sport hitam daripada selekoh berhampiran. Pemandunya tidak menyedari dua wanita itu di tengah jalan raya. Dipandunya kereta itu selaju yang mungkin.
Yasmin Harlina yang menyedari tentang kehadiran kereta mewah itu terus menolak Yasmina Haslinda. Dia terdampar di tepi jalan raya. Diangkat sedikit tubuhnya untuk melihat gerangan yang menolaknya.
     Bummm!!!
     Kereta itu meluncur laju melanggar yasmin harlina. Dia terperosok di bawah kereta itu. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan Yasmina Haslinda melihat wanita yang dibencinya sanggup menyelamatkannya. Darah merah pekat terpercik mengenai baju putih yang dipakai oleh Yasmina Haslinda. Dia terpaku dan terkaku di situ.
      Orang ramai mula memenuhi jalan raya itu. Daniel Ezairy tidak terkecuali. Dia terus mendail nombor kecemasan untuk meminta pertolongan. Suasana menjadi semakin riuh. Yasmina Haslinda tidak dapat menahan terus terbaring di situ tanpa menyedarkan diri.

* * *

     Yasmina Haslinda membuka matanya perlahan-lahan. Kedengaran esakan tangisan seorang wanita. Matanya masih lagi sukar untuk dibuka kerana sinaran cahaya lampu neon menusuk matanya.
     “Aku kat mana ni?” tanyanya kehairanan. Daniel Ezairy menggenggam tangannya erat. Seorang wanita yang tidak dikenali sedang menangis di sisinya. Kelihatan Mak Teh menenangkan wanita itu.
     “Mina dah sedar? Mina ada kat hospital sekarang,” kata Daniel Ezairy perlahan. Perasaan sedihnya di tahan. Dia tidak mahu air mata jantannya menitis di hadapan gadis yang dicintainya ini.
     “Siapa ni, Mak Teh?” tanya Yasmina Haslinda kebingungan. Mak Teh hanya memandang ikhlas wajah anak gadis itu.
     “Ini.. Puan Azizah, mama Mina,” balas Daniel Ezairy. Dia menjadi wakil bagi Mak Teh untuk menjawab kerana dia tahu Mak Teh juga tidak dapat menahan sendu di hati.
     “Mama? Bukan mama Mina, mummy ke? Mana papa?” jelas kedengaran nada resah di dalam suaranya itu. Daniel Ezairy hanya menggeleng-gelengkan kepala.
     “Mana papa? Papa dah tipu Mina! Mak Teh, mana papa? Ez.. Jangan nak tipu Mina. Mana papa?!!” jeritnya seperti lagak histeria. Daniel Ezairy cuba menenangkannya.
     “Papa Mina dah meninggal akibat sakit jantung kerana mendapat berita bahawa mummy Mina kikis semua duit papa Mina. Papa Mina meninggal di rumah pagi tadi. Harap Mina dapat bersabar,” dilembutkan juga suaranya supaya Yasmina Haslinda tidak terkejut.
      “Papa tak ada? Mak Teh.. Dengarlah.. Mana papa? Katakan semua ini tidak benar, Mak Teh. Linda nak minta ampun kat papa, Mak Teh..” Kelihatan air yang jernih mula mengalir membasahi pipi anak gadis itu. Daniel Ezairy menggenggam erat tangan Yasmina Haslinda menyalurkan kekuatan.
     “Semua ni benar, Mina. Allah telah menatapkan hidup mati seseorang itu sejak azali. Kita harus menerima hakikat, takdir yang telah ditentukan oleh-Nya. Dan, ada lagi satu berita untuk Mina tentang Min,” terang Daniel Ezairy. Anak matanya memandang wajah Mak Teh. Mak Teh mengangguk lemah.
     “ Apa dia, Ez?” Yasmina Haslinda meminta lepastian. Daniel Ezairy mengeluarkan sepucuk surat dari perut begnya. Sampul yang berwarna coklat cerah itu diberikan kepada Yasmina Haslinda. Dia meneliti setiap bucu surat itu.
     “Surat apa ni, Ez?” Yasmina Haslinda mengesat matanya yang berair.
     “Bukalah.”
     Yasmina Haslinda membuka sampul itu. Ada sepucuk surat dan sekeping gambar yang sudah lama. Dia meneliti gambar itu. Kelihatan dua orang kanak-kanak perempuan yang seiras mukanya. Bayangan mimpi ngerinya menerjah kembali pantas diletakkan gambar itu di sisinya. Dibukanya surat yang terlipat kemas itu dengan rakus. Dia meneliti setiap bait-bait perkataan yang tertulis di situ.
     “Min.. Min.. Kembar Mina?” tanya Yasmina Haslinda gagap seusai membaca warkah itu. Dia menginginkan kepastian. Diamati wajah Puan Azizah. Kemudian, beralih pula kepada Mak Teh dan seterusnya terus ke arah Daniel Ezairy. Daniel Ezairy hanya mengangguk lemah mengiyakan persoalan Yasmina Haslinda.
     “Ya.. Untuk pengetahuan Mina, Min ialah saudara kandung kembar Mina. Min dan Mina dipisahkan semasa berumur 5 tahun. Mungkin, Mina dah lupa. Min sendiri pun baru tahu mengenai hal ini hari tu,” Daniel Ezairy terhenti. Puan Azizah menarik nafas dalam sebelum memulakan kata-katanya.
     “Betul kata Daniel tu. Linda anak mama. Papa ceraikan mama sebab seorang perempuan yang bernama Anita fitnah mama. Sebab dia nakkan kesemua harta yang papa ada. Dia kata, mama curang. Papa pun percaya dan ceraikan mama,” Puan Azizah menghentikan kata-katanya kerana tidak sanggup untuk menyambungnya.
     “Lepas tu? Lepas tu apa?!!” Yasmina Haslinda meraih simpati. Mak Teh menyambung.
     “Lepas tu, Dato' ambil Linda. Dia tinggalkan mama dengan Lina. Dia pergi dengan Datin Anita, mummy Linda. Sekarang Dato' pula meninggalkan kita semua buat selama-lamanya. Dia terkena serangan sakit jantung ketika mendapat panggilan daripada peguamnya. Peguamnya memberitahunya bahawa semua harta milik Dato' telah jatuh ke tangan Datin. Dato' terkejut dan terus tersungkur jatuh mengerang kesakitan. Mak Teh masuk bilik Dato' sebab nak hantar air. Mak Teh nampak Dato' dah terbaring atas lantai sambil pegang dada. Mak Teh terus telefon ambulans. Tapi, apakan, daya. Semasa dalam perjalanan ke hospital, Dato' telah menghembuskan nafasnya yang terakhir,” terang Mak Teh. Air matanya mulai menitis.
     “Habis tu? Min mana? Dia mana, Ez?”tanya Yasmina Haslinda. Perasaan sedih memenuhi lubuk hatinya.
     “Min pun sudah tiada. Dia suruh Ez sampaikan surat ni bila dia tiada. Dia yang kena langgar masa selamatkan Mina dulu. Terima kasihlah padanya,” ucap Daniel Ezairy. Pantas diseka air hangat yang bertakung di tubir matanya.
     “Mina nak jumpa Min!! Mina nak jumpa Min!!” raungnya. Dia terus mencabut jarum yang telah dicucuk oleh doktor di tangannya lalu melangkah pergi.
     “Mina!!” Daniel Ezairy terkejut melihat tindakan drastik yang dilakukan oleh Yasmina Haslinda.
     Kaki Yasmina Haslinda yang masih lemah itu tidak membenarkannya mengatur langkah lagi. Dia terus tersungkur di situ. Daniel Ezairy pantas menyambut Yasmina Haslinda.
     “Jangan buat macam ni, sayang.. Ez tahu Mina terseksa tapi Mina kena terima kenyataan, hakikat,” pujuk Daniel Ezairy. Dipeluknya tubuh Yasmina Haslinda erat.
     “Mina nak jumpa Min, nak minta maaf.. “ katanya lemah. Air matanya bercucuran laju mengalir. Dia terus tidak menyedarkan diri.
     Maafkan kakak, Min. Mungkin akan tibanya hari esok yang akan menemukan kita berdua semula biarpun di alam yang lain. Kini, kakak hanya dapat menadah tangan mendoakan Min dan papa agar selamat dan sentiasa tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin..
     Al-fatihah..

December 17, 2011

cerpen : tiada peluang kedua~

(ost pilih aku atau dia - nubhan)



     Aku hanya mampu melihat. Hanya mampu mendengar. Dan, hanya mampu menangis. Tangisanku berlagu apabila melihat kemesraan mereka, gelak tawa mereka. Siapalah aku di matanya. Main biola digesel pembaris mana sedap bunyinya. Harimau dan kambing mana boleh bersama. Aku hanya mampu bermimpi sahaja. Selamanya...

* * *

     “Itu tandanya cinta saya pada awak. Apa pula tanda cinta awak pada saya? Hmm?” ucap Fareez romantis setelah menyarungkan cincin yang bersalut emas putih dan bertakhtakan sebutir intan permata di atasnya. Fyrana membelek jarinya yang telah disarungkan cincin itu.
     “Mana awak dapat duit ni? Haa?” tanya Fyrana aneh. Setahunya, Fareez tidak bekerja. Mana tahu... Keningnya bertaut. Dahinya berkerut.
     “Emm... Adalah.. Suka tak?” tanya Fareez kembali. Fyrana hanya mengangguk sambil tersenyum. Kelihatan lesung pipitnya yang kecil di kedua-dua belah pipinya. Fareez menarik nafas lega.
     “Cepatlah.. Apa pula hadiah untuk saya sempena anniversary kita ni? Dah tiga tahun dah...” ucap Fareez sambil tersengih-sengih. Fyrana pantas memukul paha Fareez. Fareez terjerit kecil terkejut dengan tindakan spontan dari Fyrana.
     “Anniversary?! Amboi...” kata Fyrana sambil tergelak kecil melihat Fareez yang masih mengosok-gosok pahanya yang kesakitan akibat dipukul oleh Fyrana tadi.
     “Kenapa awak pukul saya? Sakitlah...”
     “Yelah... Sorry...” Fyrana meminta maaf dalam nada yang tidak serius. Masih kedengaran gelak tawanya perlahan. Fareez memandangnya lembut.
     “Oh ya... Saya terlupa. Ni hadiah saya untuk awak. Hee...” Fyrana cuba untuk mengubah tajuk. Dia tidak tentu arah apabila Fareez merenungnya begitu.
     “Hmm? Bekal? “ tanya Fareez sambil menyambut pemberian Fyrana. Fyrana hanya mengangguk.
     “Khas buat awak. Saya masak sendiri tau.”
     Fareez membuka penutup bekas makanan itu perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya Fareez apabila melihat isi di dalamnya. Fyrana sudah mengekek ketawa dari tadi. Dia sudah bersedia untuk mengatur langkah seribu.
     “Fyrana!!!” jerit Fareez. Dia terus mengejar Fyrana yang berlari sambil ketawa itu. Sandalnya dibiarkan. Begitu juga dengan Fyrana.
     “Awak nak suruh saya makan ayam dengan sayur plastik ke, haa?!!” Fareez menjerit lagi.
     “Ya!!! Hahahahaha...” balas Fyrana.
     “Tunggulah awak!!!”
     Suasana pantai pada petang itu dipenuhi dengan gelak tawa mereka.

* * *

     “Siapa yang awak bawa ni, Fyrana?” tanya Fareez kehairanan setelah menunggu Fyrana selama sepuluh minit di kafe kolejnya. Fyrana hanya tersenyum.
     “Urm... Fareez, kenalkan my petsis, Fara. Fara my first and last lover boyfriend, Fareez,” Fyrana memperkenalkan dua insan itu. Fareez hanya mengangguk.
     “Ooo... Ni ke orang yang akak selalu cerita tu? Amboi... Boleh tahan akak ni. Abang ni handsome lah. Untung akak dapat orang macam Abang Fareez ni,” puji Fara. Fareez memandang Fyrana. Fyrana hanya mengangkat bahu sahaja.
     “Urm... Duduklah, awak, Fara,” Fareez mempelawa mereka duduk. Fyrana dan Fara hanya mengikut kata.
     “Kenapa aku tak sedap hati yeh?” bisik hati halus milik Fyrana perlahan.

* * *

     “Hello... Tengah buat apa tu? Saya gang....”
     “Sorry, awak. Saya busy ni. Lain kali jelah yeh kita cakap lagi,” potong Fareez. Fyrana terkelu dan terkedu. Talian diputuskan.
     “Tut... Tut... Tut...”
     “Kenapa dengan Fareez sejak-sejak ni yeh?” desis hati kecil Fyrana penuh gelisah. Dia mula mendial nombor telefon bimbit kepunyaan Fareez semula.
     “Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi. Tut... Tut... Tut...”
     “Fareez...”

* * *

     “Aku tak fahamlah dengan sikap Fareez sejak kebelakangan ni. Kalau ada masalah, mesti dia cerita kat aku. Ni tak...” mengadu Fyrana. Farisya hanya mendiamkan diri mendengar cerita Fyrana.
     “Entah-entah dia ada perempuan lain tak? Hari tu, Farhan ada juga beritahu aku yang dia nampak Fareez dengan Fara keluar sama. Aku pun tak percaya tapi... Kau jangan marah eh?” tanya Farisya berhati-hati. Fyrana hanya mengangguk.
     “Aku just takut kalau kau sakit hati pula.”
     “Takde lah. Cepatlah sambung.”
     “Hee... Lepas tu, aku nampak dengan anak mata kepala aku sendiri. Fareez dengan Fara...”
     “Fara mana ni?” potong Fyrana.
     “Alaa... Fara petsis kau tu lah. Aku nampak diaorang keluar sama-sama. Siap pegang tangan lagi tu. Hai... teringat aku satu lagu ni. Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang, bertambah sayang... Biar malu-malu, biar segan-segan, kerna malu itu perisai orang beriman. Hahahaha...”
Fyrana hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil tergelak kecil melihat sahabatnya berkelakuan begitu.
     “Hmm... Tapi, aku tak percayalah,” kata Fyrana menafikan keterangan yang diberi oleh Farisya tadi.
     “Suka hati kau lah, Fyrana oii... Eh!! Feezo lah. Kenapa dia datang sini eh?”
     “Biarlah. Feez...”
     Feezo berdehem. Fyrana terdiam lalu mendongak ke atas memandang Feezo sambil tersengih. Niatnya untuk mengata Feezo terus mati. Farisya sudah bangun untuk melangkah pergi meninggalkan Fyrana dan Feezo berdua.
     “Farisya!!!” jerit Fyrana. Farisya hanya melambai dari jauh.
     “Boleh I duduk sini?” tanya Feezo macho. Fyrana hanya melihat lelaki pujaan mahasiswi di kolejnya itu menarik kerusi di hadapannya lalu duduk. Dibuka topinya lalu diletakkan di atas meja. Sikat dikeluarkan. Disisir sedikit rambutnya ala trend gaya sekarang agar kelihatan rapi.
     “Fikir cool lah tu? Pi laa!!!” getus hati halus Fyrana.
     “Panasnya...” kata Feezo sambil mengibas-ngibas t-shirtnya itu menahan panas.
     “Siapa suruh pakai baju dua lapis? Dah pakai t-shirt, pakai lagi kemeja dekat luar. Dah lah tak butang kemeja tu, lengan pulak disinsing sampai paras siku. Siap pakai rantai monyet lagi dekat seluar jean dia tu. Selamatlah sneaker dia lawa. Heyh... Jealous aku tengok sneaker dia tu,” membebel Fyrana panjang. Tanpa dia sedari, Feezo mendengarnya.
     “Hello!!! You fikir I dah pekak ke tak dengar apa yang you bebel tadi tu. Suka hati I la. Style I, trend I, gaya I. Selamat you puji kasut I. Apalah... I datang sini bukan nak dengar apa yang you bebel, tapi... I ada niat,” terang Feezo tenang dengan harapan jawapan daripada Fyrana memuaskan hatinya.
     “Apa niat awak?” tanya Fyrana kasar.
     “Heyh... Minah ni...” desis hati kecil Feezo.
     “Niat I nak... I bukan apa. Dengar dulu ye apa yang I nak kata.”
     Fyrana mengangguk perlahan.
     “I tengok Fareez macam tak layan you dah. You dengan Fareez dah tak rapat. Kalau tak dulu selalu berkepit. Lagipun, I dengar dia curang dengan you. You punya petsis pulak tikam belakang you. Kesian you kena main-mainkan dengan dua insan yang you percaya,” jelas Feezo lembut. Fyrana merenungnya tajam.
     “Apa niat awak sebenarnya datang jumpa saya ni, haa?!! Kalau nak sakitkan hati saya, lebih baik tak payah. Lebih baik aku balik rumah, tidur. Hey brother! Dengar sini baik-baik eh, aku lagi kenal siapa Fareez daripada kau!! Aku dengan dia dari sekolah menengah lagi. Kau siapa nak halang aku?!!” tengking Fyrana tiba-tiba. Dia masih menafikan yang kekasihnya mempunyai hubungan sulit dengan adik angkatnya.
     “I ni sepupu dia,” balas Feezo tegas. Fyrana terdiam.
     “Lagipun, I dah lama cintakan you cuma you je yang tak sedar. I dari dulu lagi asyik perhatikan you. I satu sekolah dengan Fareez... Dan tak lupa juga, you Fyrana Faizul!! I pernah bagitahu Fareez pasal perasaan I pada you. Lepas je dia dengar luahan hati I, terus dia bet dengan I. Antara dia dan I, siapa lagi power pikat you. Tapi, I awal-awal lagi tarik diri sebab I tak nak mainkan you. Mainkan perasaan you. Dalam masa yang sama, I ada dengar yang you menaruh hati pada Fareez tu. I fikir I bahagia apabila tengok you gembira. Rupanya... macam ni Fareez buat pada you.”
     Feezo mengeluh kecil, lalu menyambung semula. “I bukan someone yang suka tengok seorang perempuan yang I betul-betul suka, yang I benar-benar cinta, terluka, menangis kerana buaya darat macam Fareez itu. I akan rampas perempuan itu dan membuatkan dia fikir pasal I seorang je. I tak nak dia sentiasa bersedih kerana lelaki durjana itu. Fyrana... Marilah ke pangkuan I. Biar I yang jaga you. I tak sanggup lihat air mata you gugur. I juga tak sanggup tengok hati you terluka, menderita sebab dia buat macam tu kat you. Fyrana Faizul, sudikah awak menjadi suri hati saya, buat selama-lamanya? Please, Fyrana.”
Fyrana terkejut, terkaku, terkelu dan terkedu mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut lelaki kacak itu.
     “I tak kisah kalau you nak percaya atau tak. Tapi, I mohon sangat pada you. You putuslah dengan Fareez dan datanglah pada I. I tunggu jawapan you. Kalau you kata okey je, I terus merisik ye? Okeylah... I kena pergi dulu. Thanks sebab belanja air ni ye. Bye, assalamualaikum,” kata Feezo sebelum memulakan langkah meninggalkan Fyrana sendiri.
     “Betul ke apa yang Feezo cakap tu? Suruh aku pulak yang bayar air ni. Cehh...” rungut Fyrana. Haih... Perempuan seorang ni. Bukannya ambil kisah pasal perasaan Feezo tadi. Boleh pula fikir pasal air tu. Fyrana... Fyrana...

* * *

     “Hello, Far... Eh!! Fyrana... Awak buat apa tu? Busy ke?” kata Fareez setelah menyambungkan talian. Fyrana gembira bukan kepalang. Tahap dewa. Kalah kera yang dapat bunga tu. Haih...
     “Hmm ? Takde lah... Tak busy pun. Kenapa awak call saya ni?” tanya Fyrana. Bibirnya yang nipis itu tidak henti-henti tersengih.
     “Urm... Jom dinner malam ni. Saya ada hal nak bagitahu awak ni, ye ”
     “Okey, kat mana?”
     “Tempat biasa. Pukul 8.00. Saya tunggu awak. Bye...” Fareez memutuskan talian.
    “B...” Fyrana terdiam.
    “Fareez macam ni??”

* * *

     “Hai, awak!!” sapa Fyrana riang. Yela... Seminggu tak jumpa rasa macam setahun. Haha...
     “Hai... Duduklah,” balas Fareez endah tak endah je. Mimik mukanya tidak seperti biasa. Tiada senyuman malah sengihan pun untuk Fyrana.
     “Pahal dengan Fareez ni? Cepuk kang, baru tahu...” bebel Fyrana dalam hatinya.
     “Kenapa dengan awak ni, haa?!!” tanya Fyrana dalam nada yang sedikit tinggi. Fareez hanya merenungnya.
     “Kita putus,” kata Fareez tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Fyrana hanya membatukan diri. Hatinya berkecamuk. Perasaan terkejut, sedih, terluka bergaul sesama sendiri. Hanya kerana dua perkataan yang paling ditakutinya dan digeruninya.
     “Tapi...”
     “Saya ada orang lain,” potong Fareez.
     “Siapa?”
     “Fara.”
     Jantung Fyrana berhenti berdegup. Nafasnya naik turun dengan pantas.
     “Far..Fara?”
     “Hm.. Saya tahu saya bersalah sebab tikam belakang awak macam ni,” Fareez berhenti berkata apabila melihat cincin yang diberinya kepada Fyrana tersarung kemas di jarii manisnya. Lalu, dia menyambung, “Boleh awak pulangkan cincin tu balik? Maafkan saya kerana berubah secara tiba-tiba. Saya nak bagi cincin tu kat Fara masa saya luahkan isi hati saya nanti.”
     “Cincin ini?”
     Fareez mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan.
     Fyrana mengeluarkan cincin itu dari tempatnya. Dia masih terkesima.
     “Saya pergi dulu. Maafkan saya, Fyrana,” Fareez pun mengundur diri. Dia bangun setelah memanaskan kerusi selama setengah jam dan mula mengatur langkah meninggalkan Fyrana sendiri.
     “Tapi, Fareez!! Tunggu!! Saya ada something nak bagitahu ni. Fareez!!” Fyrana menjerit memanggil Fareez yang telah pun jauh melangkah. Tanpa dia sedari, air matanya mengalir buat kesekian kalinya.

* * *

     “Kenapa dengan kau ni? Duduklah. Penat aku tengok,” kata Farisya setelah penat melihat Fyrana mundar-mandir ke sana ke mari di dalam bilik. Dia mengeluh kecil apabila melihat Fyrana tidak memberikan reaksi.
     “Fyrana!!!” jerit Farisya kuat. Fyrana terkejut lalu memeluk tiang katil double deckernya itu. Farisya gelak sakan habis.
     “Woi!! Kalau ye pun, janganlah terkejutkan aku tahap cipan ni. Kalau aku ada sakit jantung, tak ke naya? Entah-entah, orang yang ada sakit jantung tu terus lari masuk kubur dengar kau jerit ni. Haih..” membebel Fyrana panjang sambil mengurut dadanya akibat terkejut gila tadi. Farisya mula mengawal gelak tawanya.
     “Alaaa... Kalau kau terkejut sampai masuk hospital pun, mesti Abang Fareez kau tu yang jaga, kan? Haha..”
     “Hm... Fareez.. Aku dengan dia dah clashlah” Farisya terdiam dengan serta-merta. Suasana kembali hening.
     Sunyi..
     Sepi..
     Dengar bunyi cengkerik je lah..
     “Sorry, Fyrana. Aku tak..”
     “Tak ada apa-apa yang nak diminta maafnya,” potong Fyrana laju.
     “Macam mana kau sekarang? Okey?”
     “Macam ni lah.. Tapi, aku kasihan tengok Fareez tu. Yang single depan mata, tak nak ambil. Dok kejar yang dah berpunya tu.”
     “Siapa yang dah berpunya tu?”
     “Fara..”
     “Aik?!! Fara? Sejak bila Fara couple?”
     “Not couple but engaged dah pun. Hampir kahwin dah. Hm.. Tak silap aku, hujung tahun ni.”
     “Eh!! Aku tak pernah tahu pun. Fareez tahu tak?”
     “Entah. Gaya macam tak tahu je. Aku dah try cakap, tapi dia blah macam tu je.”
     “Weh, aku tengok kau macam tak kecewa je.”
     “Hati aku ni sakit jugak. Syukurlah.. Ada penawarnya,” kata Fyrana sambil tersenyum. Farisya bertambah pelik.
     “Siapa orang yang bertuah tu?” tanya Farisya.
     “Hm.. Feezo,” balas Fyrana tenang.
     “Feezo?!!” Farisya terjerit sedikit setelah mendengar nama itu terbit dari bibir Fyrana. Tiba-tiba, telefon bimbit Fyrana berbunyi menandakan talian masuk.
     “Padamkah.. Cinta dalam..”
     “Hello, awak. Kenapa call saya ni?” tanya Fyrana setelah menyambungkan talian.
     “Erk..Betul ke you terima I ni?” tanya Feezo kembali sedikit gugup. Dia begitu terkejut kerana baru sahaja mendapat pesanan ringkas daripada Fyrana yang menyatakan bahawa pujaan hatinya menerima dirinya.
     “Ha'ah.. Kenapa?”
     “Erm.. Takde lah. Macam mana you dengan Fareez? You clash ke?” tanya Feezo berhati-hati.
     “Yup. Untuk pengetahuan awak, Encik Feezo Firdaus anak kepada Dato' Fakhrull, saya telah ditinggalkan oleh Fareez dan.. tak lupa juga, saya sedikit pun tak kecewa. So, awak jangan risau, ye? Jadi, bila awak nak datang merisik ni?” tanya Fyrana secara tiba-tiba. Feezo terdiam.
     “Eyt.. Erm.. Kalau boleh malam ni jugak I nak kahwin dengan you, Fyrana Faizul. Untuk pengetahuan you, I dah bincang dengan family I. Diaorang semua dah setuju. Mama dengan papa I cakap, kalau you dah bagi green light, kitaorang jalan jelah terus,” terang Feezo sambil tersengih-sengih. Dicium-ciumnya bantal golek yang berada di atas katilnya.. Haihh.. Tak sia-sia pengorbanan kau selama ni ye, Feezo.
     “Hm.. Okeylah tu. Okeylah awak, saya nak tidur ni. Nanti bila-bila masa kita bincang lagi. Night. Sleeptight. Muahh!!”
     “Mimpikan I tau. Night..”
     Talian diputuskan. Farisya yang dari tadi hanya mendiamkan diri tertawa kecil. Fyrana hanya tersengih-sengih memandang rakan karibnya itu.
     “First time aku tengok kau bago flying kiss. Rasa kelakar pulak. Hahaha..” masih kedengaran jelas sisa-sisa di hujung kata-kata Farisya. Fyrana turut gelak sama. Farisya menghentikan gelak tawanya.
     “Ringtone kau tu lagu apa?” tanya Farisya tiba-tiba. Fyrana turut berhenti sama.
     “Lagu tadi?” tanya Fyrana kembali. Farisya hanya mengangguk.
     “Tajuk dia 'Aku atau Dia'. Penyanyi, Nubhan. Kenapa?” Mimik muka Fyrana menunjukkan bahawa dirinya sangat tidak memahami apa yang Farisya cuba sampaikan.
     “Kau play kejap lagu tadi tu. Aku nak dengar. Macam pernah dengar je,” pinta farisya. Fyrana mula menekan-nekan punat yang berada pada telefon bimbitnya. Kedengaran satu per satu perkataan didendangkan.
     “Hmm.. Kau sedar tak?” tanya Farisya setelah lagu itu habis dimainkan. Fyrana bertambah pelik.
     “Sedar apa?” balasnya sambil meletak telefon bimbitnya di atas almari kecil dengan berhati-hati.
     “Lagu ni macam situasi yang tengah berlaku kat kau. Yelah.. Semua dalam lirik tu macam kau yang bagi lagu tu kat fareez. Lepas tu, part yang last-last tu macam Feezo yang bagi kat kau. Semua tu boleh jadi, kan?” Farisya membuat andaian dan kesimpulannya sendiri. Fyrana hanya mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan mengiyakan kata-kata Farisya itu.
     “Dah lah.. Aku nak tidur. Nak mimpikan Feezo ni. Bye.. Night. Hee..” Fyrana mengundur diri lalu terus merebahkan diri sambil menarik selimut.
     “Suka hati kau lah. Night..” kata Farisya perlahan dan terus memadamkan lampu. Tanpa dia sedari, Fyrana sedang menangis seorang diri.
     “Fareez.. Kenapa awak macam ni?” katanya perlahan sambil mengesat air matanya yang mengalir deras membasahkan bantalnya.

* * *

     “Fyrana... Kenapa awak tak bagitahu saya pasal hal tu ? Awak...” tanya Fareez. Dikacau sedikit jus orennya dengan menggunakan straw. Fyrana masih lagi mendiamkan diri.
     “Awak...” Fareez terus memujuk. Fyrana hanya mengeluh kecil sebelum berkata.
     “Saya dah cuba tapi awak yang tak nak dengar.”
     Fareez menghela nafas kuat. Perasaannya bercampur baur. Malu, marah sedih dan bersalah. Malu kerana Fara menolaknya, marah kerana Fyrana tidak pernah memberitahunya bahawa Fara sudah bertunang, sedih kerana Fyrana menjawab segala soalannya endah tak endah sahaja dan bersalah. Bersalah kerana telah membuang Fyrana dari hatinya selama ini.
     Tiba-tiba, anak matanya tertarik oleh sesuatu yang sedang dipakai di jari manis Fyrana.
     “Awak... Awak tunang dengan siapa?”
      Tiada jawapan.
     “Atau awak dah kahwin? Tapi... dengan siapa?”
     Masih tiada jawapan.
     “Kalau macam tu, saya nak balik kat awak. Saya tahu saya salah selama ni. Tak dapat bezakan mana emas, mana perak, mana gangsa. Terimalah saya, awak. Saya janji saya akan bahagiakan awak. I'm promise, baby...” rayu Fareez lembut dan tenang.
     “Sorry, Fareez. Tiada peluang kedua untuk awak sebab... Sebab saya dah bertunang. Insya-Allah... Saya dah nak berkahwin pada hujung bulan ni. Feezo kata, dia tak mahu tangguhkan. Lagi cepat, lagi bagus...” terang Fyrana perlahan.
     “Fee... Feezo?!!” Fareez terkejut. Air mukanya terus berubah. Fyrana mengangguk lemah.
     “Maafkan saya, Fareez. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum...” Fyrana mula mengatur langkah meninggalkan Fareez bersendirian.
      Fareez mula menyesali dirinya. Dia tidak boleh berbuat apa kini. Segalanya sudah ditakdirkan.
      “Aku di sini akan sentiasa mendoakan kebahagiaanmu disampingnya, sayang. Amin...” berdoa Fareez dalam hati. Tanpa dia sedari, air mata jantannya mengalir sedikit demi sedikit buat pertama kali.

*p/s : okey, tu je :)