“Sudah-sudahlah
main PSP tu. Pergilah belajar pulak. Ibu tengok Azim macam tak
belajar pun. Macam mana nak berjaya nanti?” nasihat ibu Azim, Puan
Mah lembut. Sudah berbuih-buih mulutnya menasihati anak bujangnya
yang seorang ini. Akalnya yang dahulu aktif berfikir mengatur ayat
supaya anaknya belajar sudah menjadi lemah. Segala ideanya tetap
tidak menjadi.
“Alah,
ibu ni. Peperiksaan kan lama lagi. Buat apa nak belajar awal-awal?
Kalau lupa nanti kan susah. Buang tenaga je. He he he..” balas Azim
memberikan alasan sambil tersengih. Matanya masih lama menatap
playstation yang berada di
hadapan matanya.
Puan Mah hanya mengeleng-gelengkan kepalanya perlahan apabila
mendengar alasan anaknya itu. Begitulah Azim. Ada sahaja jawapan yang
diberikan kepada ibunya. Bila orang memberi sepatah nasihat, mulah
dibalasnya dengan berpatah-patah kata.
“Ikut Azim lah nak belajar atau tak. Jangankan terhantuk baru nak
terngadah, ye? Ingat pesan ibu ni,” kata Puan Mah lalu terus
mengatur langkah kakinya satu per satu meninggalkan Azim bermain
sendiri.
Azim menjerit kemenangan dalam hati. Kemenangan yang ke berapa pun,
tidak pernah diketahui. Sudah berapa kali Azim memberikan alasan
sedemikian rupa kepada Puan Mah?
Yang pasti, tidak terkira oleh jari, tidak terhitung olehnya
sendiri.
* * *
“Maafkan aku, kerna tak telus...” lagu terus bermain-main di
corong telefon bimbit Blackberry kepunyaan Azim itu menandakan bahawa
dunia semakin cerah. Azim pantas mencapai telefon bimbitnya itu
setelah beberapa minit ia berbunyi. Butang di telefon bimbitnya itu
ditekan. Biliknya kembali sunyi.
“Bising je lah pagi-pagi buta macam ni,” merungut Azim
sendirian. Matanya masih terpejam rapat. Dengan malasnya, dia bangkit
dari pembaringan. Beberapa senaman ringan dilakukan. Setelah itu,
tangannya pantas menyambar kembali telefon bimbitnya. Jarinya pantas
bermain-main dengan punat untuk membalas pesanan ringkas yang
ditinggalkan oleh buah hati pengarang jantungnya, Liana pada jam
tepat 6.30 minit pagi.
“Haihh.. Sekarang ni pukul berapa, eh?” monolog Azim sendiri.
Matanya pantas tertancap pada jam yang berbentuk bola yang kukuh
tergantung di dinding biliknya. Matanya terus membuntang.
“La..la..lapan pagi?!! Matilah aku..” membebel Azim seraya
menarik tualanya yang tersadai di hujung palang katil dan terus
berlari-lari anak menuju ke tandas.
Beginilah hidup Azim sehari-harian. Kalau sehari tak lambat, memang
tak sah hidupnya pada hari itu.
* * *
“Kenapa
awak lewat lagi hari ni? Hm?” tanya Liana lembut lalu menyambung,
“bukan saya dah kejut awak ke? Seven misscall and one
message.” Azim tersengih. Dia
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kemudian. Membetul-betulkan
semula rambutnya yang sudah berserabut itu agar kelihatan kemas di
hadapan buah hatinya.
“Maaflah. Saya tak sedar. Malam tadi saya tengok bola lah. Maaf
ye?” kata Azim lembut sambil menyusun sepuluh jari di hadapan Liana
memohon maaf.
“Haih..
Apa nak jadi kat awak ni? Dalam kelas tadi pun saya nampak awak
tidur. Awak.. Exam kan
dah dekat.berapa bulan je lagi. Bila lah awak nak berubah ni?”nasihat
Liana. Hatinya sentiasa berdoa agar insan yang dicintainya ini segera
berubah ke arah yang lebih baik.
“Awak
ni.. Sama je macam mak saya, tahu? Suka sangat membebel sana sini.
Lepak sudahlah. Bila hari nak dekat exam nanti,
saya belajar lah. Kalau belajar sekarang,lupa nanti, macam mana? Awak
juga yang susah hati bila tengok saya susah nanti,” Azim memberikan
alasan.
“Suka hati awaklah. Lali dah telinga saya dengar alasan yang tak
serupa bikin awak tu,” Liana mengeluh. Azim tersenyum puas. Awek
sendiri nasihat pun, tak nak dengar. Haihh..
* * *
Sehari sebelum peperiksaan...
“Ibu! Tolong Azim, bu! Macam mana nak baca semua ni? Cikgu Azim
kata semua masuk dalam exam esok,” merungut Azim gelabah.
Buku bertaburan di atas katilnya yang empuk itu. Puan Mah hanya
menggeleng-geleng perlahan.
“Itulah.. Ibu dah kata, belajar awal-awal. Tapi, Azim yang tak nak
belajar, kan? Sekarang ni, ibu hanya boleh bagi kata-kata semangat je
untuk Azim. Esok nak periksa, belajar elok-elok, ye nak? Buat yang
terbaik,” nasihat Puan Mah sambil tersenyum. Azim hanya mampu
menarik muncung sedepa. Tangannya masih lagi lincah menyelak sehelai
demi sehelai muka surat buku rujukan Add Math itu.
* * *
“Azim, ibu masuk ni,” kata Puan Mah sambil menguak pintu bilik
anaknya perlahan.
“Ya Allah! Tidur pula dah. Hm.. Belajar dalam mimpi lah, ye anak
ibu. Ibu tak boleh nak tolong dah,” monolog Puan Mah perlahan. Dia
mengusap perlahan kepala dan mencium lembut dahi anaknya lalu
mengatur langkah keluar dan menutup daun pintu bilik Azim.
* * *
Setelah mendapat keputusan peperiksaan...
“Macam mana, anak ibu? Apa keputusan peperiksaan, Azim?” tanya
Puan Mah sambil mencapai sehelai kertas kumal yang dilempar oleh Azim
ke atas meja yang berhampiran dengannya.
“Macam tu lah, ibu. Semuanya...” Azim tidak dapat meneruskan
kata-katanya. Dia mengenang kembali bagaimana ibunya menasihatinya
selama ini. Masih terngiang-ngiang di gegendang telinganya.
“Jangan sudah terhantuk, baru nak terngadah...”
“Itulah.. Ibu dah pesan banyak kali dah. Belajar, belajar,
belajar. Tapi, Azim yang tak nak dengar. Jadi, keputusan Azim pun
menurun lah,” kata Puan Mah sambil tersengih mengejek anaknya. Azim
tersedar dari lamunannya.
“Haih.. Kalaulah aku belajar dari awal lagi, kan senang? Menyesal
tak sudah aku..” monolog Azim sendiri tapi msih dapat ditangkap
oleh cuping telinga ibunya. Puan Mah hanya mampu tersenyum.
*p/s : ni cerita dari kertas exam bm paper2 aku. hahaha :P
Kuala Lumpur Time
0 komenss:
Post a Comment