Ikhwan
melangkah menuju ke kelasnya. Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Kelasnya
sudah bermula pada jam satu yang lalu. Sudah menjadi kebiasaannya
masuk ke kelas lewat. Dia sudah lali dengan semua bebelan
guru-gurunya.
Setibanya di kelas, kelihatan
pensyarahnya sedang menunggu di hadapan kelas sambil memegang rotan.
“Aduh! Malang gila nasib aku hari
ni. Dah lah bangun lambat, tengah jalan motor rosak pula. Sampai sini
rotan pula. Nasib.. Nasib..” Ikhwan berfikir tentang nasibnya
sejenak.
“Woi! Apa yang kamu termenungkan
lagi tu?! Cepat pergi duduk sebelum benda dekat tangan saya ni
melekat kat badan kamu. Cepat!” jerit pensyarahnya. Kelas yang
riuh-rendah dari tadi terus senyap-sunyi.
“Kan bagus macam ni,” puji
pensyarahnya.
Semua pelajar di dalam kelas itu
tersengih-sengih seperti kerang busuk. Ha ha ha.. Gelak Ikhwan
melihat telatah dan kerenah kawan-kawannya.
Dia terus menuju ke tempat duduknya.
Dia pelik. Selalunya tempat duduk di sebelahnya kosong. Hari ini ada
beg pula. Beg siapa ni? Fikir Ikhwan.
Matanya tertumpu kepada seorang gadis
yang bertudung menuju ke tempatnya.
“Siapa pulak minah ni?”
tertanya-tanya Ikhwan.
“Hai, budak baru ke? Tak pernah
nampak pun selama ni,” nafas Ikhwan yang berbau rokok menusuk
hidung gadis itu. Dia segera menekup hidungnya dengan tudung.
“Awak hisap rokok ke?” tanya
gadis itu tidak jelas.
“Apa dia?”
“Hisap rokok ke?”
“Ha? Tak dengar. Ulang balik.”
“Ikut awak la!!” marah gadis itu.
“Dah, orang kat sini tak dengar,
nak buat macam mana? Kena marah pulak,” jelas hati Ikhwan. Ikhwan
terus menumpukan pelajarannya.
* * *
“Hai,” tegur Ikhwan.
“Mamat ni lagi.. Tak tahannya hidup
aku!”
“Em, maaf... Hari tu saya tak
kenalkan diri lagi. Nama saya Ikhwan. Muhd Ikhwan Hakimi. Nama?”
berucap Ikhwan panjang lebar sambil menghulurkan tangannya untuk
berjabat.
“Nama saya..” tidak sempat bagi
gadis itu untuk berkata-kata, muncul seorang gadis yang terus memeluk
erat lengan Ikhwan. Ikhwan hanya menggaru kepala.
“Hai Ikhwan! Wan pergi mana? Lama
dah sayang tunggu kat motor, tak sampai-sampai pun,” kata gadis itu
mengada-ngada.
“Lia, boleh tak Lia berkelakuan
elok sikit kat depan orang ramai ni? Tak malu ke?” tanya Ikhwan
rimas.
“Maaf, saya pergi dulu,” kata
gadis itu.
“Eh! Tunggu dulu,” jerit Ikhwan.
Dia tidak boleh berganjak dari situ kerana Kamelia memegang tangannya
erat.
* * *
“Apa yang aku nak buat sekarang?”
tanya Ikhwan seorang diri. Dia terus merebahkan dirinya di atas katil
yang bercadarkan cadar yang berwarna biru laut.
“Aduh!
Aku harap dia tak marah pasal tadi tu,” kata Ikhwan. Tanpa dia
sedari matanya terlelap pada petang itu.
* * *
“Puas date semalam?”
terkejut Ikhwan mendengar teguran yang hadir dari arah belakangnya.
Hampir tersedak dia minum air sirap itu.
“Kalau ye pun nak tegur, bagi lah
salam dulu. Ni tidak, main redah je,” tegur Ikhwan.
“Assalamualaikum. Puas?”
“Waalaikumussalam. Rajin pula awak
tegur saya hari ni. Kenapa rindu ek ? He he..” kata Ikhwan gatal.
“Tak ada masa saya nak rindu kat
awak. Nama saya Akid. Nur Akidatul Alia. Semalam awak tanya kan?
Nah.. Ambil..” Akid mencebik.
Nur Akidatul Alia rupanya. Manis juga
nama dia macam mukanya juga. He he.. Tergelak kecil Ikhwan.
“Nah. Saya ada surat untuk awak.
Harap awak insaf lepas baca surat ni. Amin..” kata Akid sambil
menghulurkan surat yang berwarna merah jambu kepada Ikhwan. Ikhwan
menyambutnya dengan baik.
“Surat apa ni?”
“Adalah. Okeylah, saya pergi dulu.
Assalamualaikum,” kata Akid.
“Waalaikumussalam,” jawab Ikhwan
sambil melihat Akid meninggalkannya.
* * *
Sambil berjalan kaki menuju ke rumah
selepas habis waktu kelasnya, Ikhwan membuka surat yang diberikan
oleh Akid tadi.
Assalamualaikum.
Tengah buat apa tu? Saya harap awak okey je.
Em.. Saya nak tegur sikit boleh tak? Jangan marah tau.
First thing yang saya nak tegur pasal awak.
Awak hisap rokok ke? Please, tolong berhenti. Saya tak tahan dengan
nafas awak yang berbau rokok tu. Rokok tu bahayalah awak. Saya harap
awak tak marah tau ni.
Second, pasal awek awak tu. Jaga dia elok-elok
tau. Nanti awak kahwin dengan dia, awak tanggung semua dosa dia.
Suruhlah dia pakai tudung, jangan mengada-ngada depan orang. Tak malu
ke?
Third, pasal muhrim. Bukan ke lelaki dan
perempuan yang boleh kahwin tak boleh bersentuhan tanpa lapik? Awak
tak belajar agama ke? Saya harap awak faham lah, okey? And cubalah
berubah.
Jangan marah tau. Ini hanyalah teguran dari
saudara se-islam.
Yang Ikhlas,
Akidatul Alia
“Pergh!
Terasa habis aku. Mulut dia boleh tahan jugak,” kata Ikhwan
berseorangan.
“Insya-Allah, aku berubah,” tekad
Ikhwan.
* * *
“Lia, cubalah Lia pakai tudung.
Mana tau Lia cantik ke cun ke, cute atau comel ke nanti? Lagilah Wan
sayang Lia,” pujuk Ikhwan melalui telefon bimbitnya.
“Eiii, kenapa dengan Wan ni? Selama
ni, tak pernah pula Wan cakap macam ni dengan sayang. Gila ke?”
tanya Kamelia.
“Ha'ah, memang Wan gila. Wan
gilakan Lia lah Wan buat macam ni. Sebab Wan sayangkan Lia lah Wan
minta Lia berubah. Nanti kita kahwin, Wan yang kena tanggung dosa
Lia. Lia tak sayang Wan ke?” tanya Ikhwan lagi.
“Jauhnya Wan fikir. Sampai kahwin
pula perginya. Lima tahun lagi pun tak tentu lagi kita still
bersama atau tak, okey? Dah lah, malas sayang nak layan Wan ni. Bye,”
marah Kamelia. Dia terus memutuskan panggilan telefon.
“Lah.. Marah ke?” fikir Ikhwan.
* * *
“Hai.. Orang tu dah stop smoking
ke?” perli Akid sambil menuju ke tempat duduknya.
“Em, bolehlah. Dalam proses lagi.
He he..” tergelak kecil Ikhwan.
“Awal datang..”
“Dah insaf. Awak bagi saya surat
tu, saya terus insaf,”
“Boleh percaya ke? Habis tu awek
awak tu saya tengok sama je. Tak ada perubahan pun,” kata Akid
sambil matanya mengekori Kamelia.
“Awak, boleh tolong tak? Tolong
jangan sebut pasal dia lagi. Tak tahan lah.”
“Okey. Saya minta maaf. Saya takkan
buat lagi. Ha ha..” gelak Akid.
“Ikut kau lah,” kata Ikhwan
sambil meninggalkan Akid yang tercengang kehairanan itu.
“Salah aku ke? Hm..” gumam Akid
perlahan.
* * *
Ikhwan pergi ke Mid Valley untuk
melepaskan tekanannya. Dia tidak tahan dengan semua yang berlaku di
sekelilingnya. Dia menyukai Akid tetapi dia amat menyayangi dan
mencintai Kamelia. Dia buntu sekarang.
Sedang Ikhwan berjalan-jalan, dia
telihat seorang gadis bersama seorang lelaki berpegangan tangan. Dia
rasa seperti amat mengenali susuk tubuh badan gadis itu. Apabila
gadis itu pusing, Ikhwan terpanar. Lalu menyorokkan dirinya di
sebalik tembok.
“Kamelia?! Apa semua ni?”
* * *
“Hello. Kamelia ada tak?” tanya
Ikhwan menerusi panggilan telefon.
“Lia lah ni. Wan call Lia ni
ada apa, sayang?” jawab Kamelia.
“Lia, first thing, sorry if Lia
terasa dengan lagu yang akan Wan nyanyi untuk Lia. Second..”
“Eh, lagu apa pula ni Wan?”
potong Kamelia tidak sabar.
“Dengar je dulu.”
“Okay, sorry potong,”
Kamelia meminta maaf atas ketidaksabarannya itu.
“Second, lepas je Wan
nyanyikan lagu ni kat Lia, Lia buat tak tahu je bila kita jumpa,
okey?” pinta Ikhwan. Nada suaranya begitu perlahan.
“Kenapa? Apa semua ni, Wan?”
tanya Kamelia setelah terdiam sebentar. Hatinya jelas mengatakan
bahawa dirinya akan menjadi solo semula. Itu adalah perkara yang
sangat-sangat ditakuti olehnya.
“Just hear what I want to say!!”
kata Ikhwan dengan nada yang tegas. Terdiam Kamelia setelah
ditengking sebegitu.
“Lagu untuk Lia. Dengarlah,
'Kamelia',” kata Ikhwan. Dia menarik nafasnya perlahan untuk
memulakan nyanyian.
“Kamelia..
Maafkanlah aku
Kerna ku tak bisa
Temani tidurmu
Kamelia..
Lupakanlah aku
Jangan pernah lagi
Kau temui aku
Kau..
Wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku
Kau..
Wanita yang tegar
Ku mohon lupakanlah aku
Sudahlah jangan menangis lagi
Ku rasa cukuplah sampai di sini
Mungkin di suatu saat nanti
Ku temui cinta yang sejati
Sudah cepat lupakanlah aku
Jangan pernah ungkit masa lalu
Ku tahu kekasihmu pun tahu
Kau pernah menjadi kekasihku
Kamelia..”
*lirik telah diubah
Ikhwan menghentikan nyanyiannya. Air
matanya yang bertakung di tubir matanya, akhirnya gugur juga. Sebelum
ini, Ikhwan tidak pernah menangis hanya disebabkan seorang insan yang
bernama perempuan.
“Bye, Kamelia..” Ikhwan
memutuskan talian.
“Ikhwan!! Jangan tinggalkan
sayang.. Kenapa, Ikhwan? Kenapa?!” Kamelia menjerit kesedihan.
“Sorry, Lia..” ucap Ikhwan
perlahan.
* * *
Dalam diam Akid menyukai Ikhwan, cuma
dia berfikir dia hanya bertepuk sebelah tangan kerana Ikhwan sudah
pun dimiliki. Sedangkan dia tidak mengetahui langsung tentang
hubungan Ikhwan dan Kamelia setakat ini.
“Ikhwan, awak ada masalah ke? Cuba
cerita dengan saya. Saya tengok awak ni macam takde mood je.
Ceritalah.. Mana tahu saya boleh tolong ke,” jelas Akid.
“Takde apa-apa lah. Awak, tolong
tinggalkan saya bersendirian, boleh?” pinta Ikhwan. Dia tidak mahu
diganggu oleh sesiapapun buat masa ini. Hatinya masih lagi sakit dan
sedih atas keputusannya sendiri yang tegar meninggalkan Kamelia.
Walaupun, pada hakikatnya, dia sepatutnya tenang setelah meninggalkan
perempuan yang mencurangi cintanya.
“Okey, saya pergi dulu. Kalau awak
ada apa-apa masalah yang nak dikongsikan dengan saya, saya ada di
kantin. Kalau awak yang nak share lah, kan? Saya pergi dulu.
Assalamualaikum,” kata Akid pantas membelakangi Ikhwan dan
melangkah pergi. Akid kecewa. Dia hanya ingin menolong insan yang
disayangi sahaja. Salah ke? Oh ya, Ikhwan tak tahu yang aku sayang
dia. Takpe lah.. monolog Akid sendiri.
“Kalau lah kau tahu perasan aku..”
“Akid! Akid! Tunggu kejap, Akid!”
kedengaran jelas suara Ikhwan yang sedikit garau itu memanggilnya.
Dia menoleh. Riak wajahnya bertukar kembali menjadi biasa dari
wajahnya yang suram itu tadi.
“Nak apa?” tanya Akid. Sebuah
senyuman diberikan. Itu hanyalah untuk menutup kegugupannya
semata-mata.
“Sebenarnya.. Benda ni bukan
masalah pun. Cuma hati aku tak tenteram selepas..” Ikhwan
memberhentikan kata-katanya. Digaru-garu belakang lehernya yang tidak
gatal.
“Selepas?” tanya Akid.
“Selepas.. Aku putuskan hubungan
aku dengan dia,” terang Ikhwan perlahan. Akid terkedu. Sepatutnya
dia melompat gembira, tetapi.. Hatinya sendiri sedih melihat wajah
Ikhwan yang suram itu. Dia juga dapat merasakan kesakitan yang
dialami oleh Ikhwan.
“Ma..macam mana boleh jadi macam
ni?” tanya Akid berhati-hati.
Ikhwan menarik nafas perlahan-lahan.
Dia mula menguatkan dirinya untuk menceritakan semuanya kepada Akid.
Segala-galanya dilepaskan pada Akid. Air matanya yang berada ditubir
mata ditahan. Ego untuk melepaskannya keluar.
“Ikhwan..” berbisik hati halus
Akid apabila dilihatnya mata Ikhwan mula berkaca.
* * *
“Ikhwan!! Ikhwan!! Tunggu sekejap.
Ikhwan!” panggil Kamelia sambil mengatur langkah selaju mungkin
untuk mengejar Ikhwan. Ikhwan berpaling apabila hatinya semakin lama
semakin panas mengenar teriakan perempuan curang itu.
“Kau nak apa lagi dari aku? Hah?!!”
tengking Ikhwan. Kamelia terdiam. Dia mula mencari seberapa banyak
kekuatan untuk bersemuka dengan Ikhwan.
“Kenapa Ikhwan putuskan hubungan
kita? Apa salah Lia sampai Wan hukum Lia macam ni? Please..
Terangkan pada Lia,” pujuk Kamelia. Ikhwan mendengus.
“Aku hukum kau, atau kau yang hukum
aku? Apa salah aku sampai kau sanggup curang belakang aku? Huhh..
Sudahlah..” perli Ikhwan kembali. Mimik mukanya jelas menunjukkan
bahawa dirinya masih memarahi Kamelia. Mana mungkin ada lelaki yang
sanggup melihat wanita yang disayanginya mencurangi cintanya.
“Curang? Lia tak pernah curang
dengan Wan? Bila pulak ni? Siapa yang buat cerita karut macam ni?”
dalih Kamelia. Wajahnya kelihatan ketakutan. Nada suaranya jelas
menunjukkan bahawa dirinya menipu.
“Tiada siapa nak buat cerita macam
ni. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri la, perempuan!” Tahap
kesabaran Ikhwan semakin tercabar.
“Okey.. Okey.. Lia minta maaf,
okey? Lepas ni Lia janji, Lia takkan keluar dengan mana-mana lelaki
lagi,” Kamelia menaburkan janji palsu.
“Janji.. Janji.. Pergi mati lah,”
balas Ikhwan kasar lalu meninggalkan Kamelia yang masih terkedu di
situ.
Secara perlahan, air mata Kamelia
mula menitis. Kini, dia menyesali segala perbuatannya selama ini.
* * *
Dalam pada itu, Ikhwan menjadi
semakin lama semakin rapat dengan Akid. Ya.. Akid tidak pernah
menyangka itu semua. Tetapi, hatinya masih lagi rasa bersalah
terhadap Kamelia, kerana mungkin Kamelia akan menganggapnya merampas
Ikhwan. Dengan pantasnya, Akid menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kenapa dengan awak ni, Akid?”
tanya Ikhwan memecahkan lamunannya sebentar tadi. Akid menggelengkan
kepalanya perlahan sekali lagi.
“Tak ada apa..”
Aku perlu hapuskan perasaan ini
secepat mungkin. Kerana, aku tahu, Ikhwan tak mungkin akan suka aku.
Yess.. I'm just a simple person. Aku tak lawa. Aku tak cantik
macam Kamelia tu. Lagipun, di hati Ikhwan hanya ada Kamelia sehingga
kini. Biarpun, Ikhwan dah kembali tersenyum selepas dua bulan putus
dengan Kamelia, tapi, aku sedar. Masih ada garis-garis kecewa yang
terpancar dari mata Ikhwan. Ya, sebab itulah, aku tidak pernah
sanggup meluahkan perasaanku kepada Ikhwan. Biarlah, aku tegar
begini..
“Akid? Awak demam ke ni? Termenung
je dari tadi. Entah apa yang saya cerita kat awak pun, awak tak
dengar tadi kan?” Ikhwan sekali lagi memecahkan lamunan Akid.
“Haa.. erk.. Takde apalah, Wan,”
balas Akid pendek. Anak matanya dilarikan. Ikhwan hanya mengangguk
perlahan. Mukanya jelas memancarkan rasa kecewa apabila Akid tidak
mendengar sepatah pun ayat malah perkataan dari bibirnya. Lagi-lagi
huruf. Haihh.. Minah seorang ni. Memang nak kena betul lah dengan
aku.
“Urm.. Ikhwan, apa yang awak cakap
tadi? Ulang lah balik,” pinta Akid setelah terlihat wajah Ikhwan
berubah secara tiba-tiba.
“Takde apa,” Ikhwan mula berjauh
hati. Konon merajuk lah tu.
“Ulang jelah..”
“Tak nak.”
“Ulang..”
“Tak nak.”
“Baik awak ulang. Okey, okey. Saya
janji saya dengar awak cakap lepas-lepas ni. Hm, apa yang awak cakap
tadi?” pujuk Akid. Ikhwan menarik nafas. Dia mula berkata-kata
setelah didesak oleh Akid.
“Hm.. Sebenarnya..”
Lalu, seorang mahasiswa menghidupkan
motorsikal RXZnya berhampiran dengan Ikhwan dan Akid. Akid
kebingungan. Sepatah kata yang terbit dari bibir Ikhwan tidak
didengarnya. Setelah berlalu motor itu, Akid melihat Ikhwan tersenyum
sendiri. Dia semakin bingung.
“Kejap, apa awak cakap tadi? Tolong
ulang balik. Saya tak dengar langsung tadi,” pinta Akid. Keningnya
bertaut.
“No. Saya takkan ulang
balik. Mahal tau kata-kata saya tadi. Satu peluang je,”
terang Ikhwan sambil tersenyum. Jari telunjuknya dinaikkan sebagai
tanda satu peluang sahaja yang diberikan kepada Akid.
“Alaa.. Tadi kan ada junior
hidupkan motor, mana lah saya dengar apa yang awak cakap. Bising lah
tadi,” mohon Akid lagi. Ikhwan hanya mampu tersenyum dan melangkah
pergi. Tangannya disilangkan di belakang kepalanya.
“Ikhwan!”
Ikhwan menoleh, lalu berkata..
“Saya cintakan awak, Akid. Awak
bukan kaca mahupun gelas yang selama ini saya temui, tapi mutiara,
permata yang selama ini saya cari. Hanya Nur Akidatul Alia yang saya
sayangi. Hanya awak yang satu dalam hati saya ini, Akid. Hanya awak,”
terang Ikhwan satu-persatu. Pantas menoleh ke hadapan dan mengatur
langkah semula.
Akid masih lagi terkedu.
“Awak nak ikut saya tak? Kalau awak
ikut, maksudnya, awak sayang saya. Dan, semestinya awak ikut saya,
kan?” kata Ikhwan tanpa menoleh sedikit pun ke belakang. Hatinya
jelas mengatakan bahawa Akid akan mengekorinya.
“Kenapa pulak saya mesti ikut
awak?” tanya Akid sambil langkahnya dicepatkan untuk mengekori
lelaki itu dari belakang. Setelah kakinya separas dengan Ikhwan,
jejaka itu mula berbicara.
“Sebab awak sayang saya. Dan, saya
tahu itu. Dan sekarang awak tak boleh patah balik, sebab awak dah
terima saya. Terima kasih, ye?” Ikhwan berkata-kata dalam nada
gurauan biarpun makna yang diucapkannya begitu mendalam.
“Sejak bila saya terima awak?”
soal Akid lagi.
“Sejak kaki awak sama-sama
melangkah dengan saya sekarang,” balas Ikhwan sambil tersenyum
lebar. Dijelingnya sedikit wajah Akid yang menunduk menahan malu.
Sayang, saya janji, saya akan jaga
awak dengan baik. Percayalah.. Ya, Nur Akidatul Alia akan bertakhta
di hatiku buat selama-lamanya. Oh Tuhan, berikanlah kami kekuatan
untuk menghadapi ujian-ujian yang akan datang yang akan kau berikan
kepada kami. Semoga hubungan kami akan berkekalan sehingga di Jannah
kelak. Amin..
*p/s : hahaha, cerita yang banyak kali diubah :P
Kuala Lumpur Time

0 komenss:
Post a Comment