Daun-daun kering dari pohon yang
rendang gugur menutupi tanah perkuburan apabila di tiup angin. Air
mataku menitis buat kali ke berapa pun aku tidak tahu. Menitis kerana menyesali perbuatanku
terhadapnya. Kini, aku hanya boleh mengimbau masa lalu ketika aku
bersamanya. Aku rasa baru sahaja tadi aku menghinanya. Baru sahaja
tadi, aku mengkejinya. Baru sahaja tadi, aku mencacinya. Kini, hanya
air mata yang dapat aku berikan. Hanya tangisan yang dapat aku
nyanyikan. Hanya doa yang dapat aku hadiahkan. Kini, kau telah berada
di sana bersama insan yang kau sayangi, yang kau cintai, yang tak
pernah kau temui iaitu, papa. Aku disini akan sentiasa mendoakan
kesejahteraanmu di sana. Amin..
* * *
Yasmin Harlina melangkahkan kakinya
menuju ke arah fakulti kejuruteraan. Yasmina Haslinda bersama
teman-temannya serta teman lelakinya hanya memandang pelik. Hairan.
Oh.. Ni ke pelajar baru tu? Muka
macam tu, ada hati nak masuk sini. Gaya nampak sangat budak kampung,
miskin. Bisik hati kecil Yasmina Haslinda. Entah mengapa hatinya
sakit melihat Yasmin Harlina menuju ke arahnya.
“Assalamualaikum. Saya, Yasmin
Harlina, pelajar baru di fakulti ni. Boleh saya duduk sini?” tanya
Yasmin Harlina ramah. Yasmina Haslida hanya menjeling tajam. Teman
lelakinya, Daniel Ezairy memandangnya lalu bangun dan merapati Yasmin
Harlina. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa runtunnya hati Yasmina
Haslinda betapa sakit hatinya tatkala melihat Daniel Ezairy menyapa
Yasmin Harlina.
“Urm.. Sorry pasal
girlfriend saya tu. Sebenarnya sini tiada kosong. Tapi, Kalau
awak nak duduk, bolehlah duduk kat sebelah saya,” Daniel Ezairy
mengakhiri kata-katanya dengan sebuah senyuman.
Cis.. Bukan main lagi kau dengan
minah kampung tu. Siap senyum-senyum lagi tu. Dengan aku pun, belum
tentu lagi kau nak sengih macam tu. Jumpa je, gaduh. Jumpa je,
berperang. Erghh.. desis hati keji Yasmina Haslinda lagi.
“Bolehlah. Asalkan saya ada tempat
duduk untuk belajar. Lagipun, saya baru lagi kat sini. Harap awak
boleh tolong tunjukkan saya sekitar universiti ni, ye?”
Daniel Ezairy hanya mengangguk
mengiyakan kata-kata Yasmin Harlina. Hati Yasmina Haslinda semakin
panas tatkala Daniel Ezairy bersetuju hendak menemankan Yasmin
Harlina ke sekitar universiti. Rakan-rakannya yang menyedari
perubahan pada air mukanya terus menepuk-nepuk bahunya perlahan
supaya dirinya bersabar.
Daniel Ezairy bersama Yasmin Harlina
melangkah pergi meninggalkannya Tanpa menoleh. Perasaan cemburu dan
sakit hatinya bercampur-baur menguasai lubuk hatinya.
* * *
“Alaa.. Mina, Ez layan dia macam
kawan je. Yang Mina nak jealous lebih-
lebih tu, kenapa? Ez kesian tengok dia. Dah lah baru masuk hari ni,
mana nak jumpa kawan pun susah. Kesianlah dia, Mina,” pujuk Daniel
Ezairy. Dia mengeluh.
“Ez,
Mina bukan tak bagi Ez kawan dengan dia, cuma.. Mina tak suka Ez
rapat sangat denga dia. Dah lah dia tu miskin. Masuk pulak universiti
swasta macam ni. Cubalah cermin diri tu sikit,” kata Yasmina
Haslinda melepaskan geram. Perasaan cemburunya membara kembali
apabila Daniel Ezairy menyokong perempuan yang tidak bersalah itu.
“Awak
tak suka dia atau.. Awak jealous?
Sudahlah. Saya faham sangat perangai awak tu. Tak payahlah nak
berdalih lagi,” balas Daniel Ezairy. Mata Yasmina Haslinda
membuntang apabila Daniel Ezairy menggunakan panggilan 'saya, awak'
ketika berkomunikasi. Mana pernah mereka menggunakan panggilan itu.
Kebiasaannya, panggilan nama atau sayang atau manja-manja sahaja yang
selalu menjadi santapan telinga mereka apabila bertemu. Ini tahap
kritikal ni!!
“Ez,
saya nak jealous?
Cemburu? Kisah pun tak. Pergilah dengan dia. Saya tak kisah. Pergilah
teman dia. Dia kan girlfriend
baru awak. Saya tak kisah pun. Pergilah,” nada cemburu dan sindiran
jelas kedengaran dalam kata-kata yang dilontarkan oleh Yasmina
Haslinda itu. Anak matanya segera dilarikan apabila melihat anak mata
Daniel Ezairy merenung tajam menusuk hingga ke kalbunya.
“Okey,
fine.. Kalau awak rasa
saya dah tak diperlukan, awak dah tak sayang saya, cintai saya, awak
dah ragui kesetiaan saya pada awak. Baik, saya pergi. Baik awak fikir
baik-baik sebelum saya putuskan hubungan kita ni!” tengking Daniel
Ezairy lalu mengatur langkah meninggalkan Yasmina Haslinda sendiri.
Perasan kecewa mulai terbit di lubuk hatinya yang kecil. Terasa punah
harapannya untuk membina mahligai yang indah bersama Yasmina Haslinda
setelah tamat belajar nanti. Segala-galanya hancur.
Yasmina
Haslinda terkedu. Betul ke apa yang aku dengar tadi? Bisik hati
kecilnya. Jantungnya seakan-akan berhenti dan terus gugur apabila
mendengar kata-kata Daniel Ezairy. Terasa seperti darahnya berhenti
mengalir..
“Baik
awak fikir baik-baik sebelum saya putuskan hubungan kita ni!!”
Yasmina
Haslinda terjelupuk jatuh lalu menangis sepuas-puasnya. Kini, dirinya
tiada erti. Hiduplah dirinya sendiri di alam yang fana ini.
* * *
Yasmin
Harlina hanya tersenyum apabila terserempak dengan Yasmina Haslinda
tetapi Yasmina Haslinda sebaliknya. Dia menghadiahkan jelingan yang
tajam ke arah Yasmin Harlina yang sedang berjalan berdua bersama
Daniel Ezairy.
Pergi
mampus lah kau! Fikir lawa sangatlah senyum macam tu? Dah lah rampas
balak aku. Dasar perampas. Ada hati lagi nak senyum kat aku? Ish..
Blah lah!! Jerit hatinya. Perasan marah membuak-buak memenuhi ruangan
hatinya yang keras dan ego yang meninggi itu. Dia mempercepatkan
langkahnya meninggalkan dua merpati sejoli itu.
* * *
“Daniel,
kenapa dengan Mina tu? Dari hari pertama saya masuk sampai sekarang,
sama je. Saya senyum pun salah. Inikan pulak, nak tegur,” Yasmin
Harlina melepaskan keluhan selepas mengakhiri kata-katanya. Daniel
Ezairy hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Beribu-ribu soalan
terus menerjah akal fikirannya. Soalan yang tiada jawapannya. Dia
hanya mendoakan agar Yasmina Haslinda akan terbuka hati untuk
menerima dirinya.
* * *
“Aku
ceraikan kau! Kau curang! Kau tipu aku!” tengking seorang lelaki
dewasa yang berumur dalam lingkungan 30 tahun. Kelihatan seorang
wanita menangis teresak-esak sambil memeluk kaki kanan lelaki itu.
Lelaki itu menyepak tubuh wanita yang teraniaya itu. Di belakang
lelaki itu, terdapat seorang lagi wanita. Dia tersenyum sinis melihat
lelaki itu meneking isterinya.
“Abang..
Zah tak salah, bang. Zah tak salah. Zah sanggup bersumpah yang Zah
tak salah. Semua ni fitnah! Fitnah!!” meraung wanita itu. Kemarahan
lelaki itu semakin membara. Terdengar kuat tangisan dua orang
kanak-kanak perempuan yang hampir sama wajahnya.
“Woi,
perempuan! Kau fikir laki kau nak percaya ke, haa?! Kau kalau depan
dia macam malaikat, kat belakang macam setan! Kau tahu tak yang laki
kau ni dah tak nak kat kau,” marah wanita yang berada di belakang
lelaki itu. Kemudian, dia menyambung, “Sudahlah, bang, tinggalkan
dia. Buat apa abang nak kesiankan dia? Bohsia, cikaro, pelacur macam
ni, lebih baik abang buang je. Dia tu tinggal sepah je,” hasutnya
lagi.
Perasaan
benci lelaki itu terhadap isterinya semakin membara apabila termakan
akan hasutan iblis durjana itu. Isterinya masih lagi melutut di
hadapannya meminta ampun. Dia terus menarik rambut isterinya lalu
menghentak dan menghempaskannya di dinding. Cecair merah pekat mula
mengalir. Dibiarkan sahaja wanita itu mengerang kesakitan. Dia terus
mengatur langkah dan menarik tangan salah seorang kanak-kanak itu.
“Jom
ikut papa, Linda! Tinggalkan mama dengan Lina kat sini. Diorang semua
tu sama je. Kalau Linda nak ikut mama, kenalah Linda dengan papa
nanti. Entah-entah, nanti Linda terkena sekali 'penyakit' mama tu.
Bila nak insaf, entah,” lelaki itu mengheret budak perempuan itu.
Tangisan Linda semakin lama semakin kuat. Isterinya hanya boleh
melihat dari jauh. Tiada daya untuk menghalang.
Lina
terus menerpa ke arah mamanya. Dia terus memeluk wanita itu. Wanita
itu membalas pelukan anaknya sambil menahan sakit.
“Papa
tak berhak nak tarik Linda untuk ikut papa! Linda nak ikut mama
jugak. Nak ikut mama jugak!!”
Pangg!!!
Satu
tamparan hebat terasa di pipi Yasmina Haslinda. Air matanya menitis
lagi. Sejak dua menjak ini, tidurnya sering diganggu oleh mimpi ngeri
ini. Dia terus tersedu-sedan berseorangan di situ.
“Kenapa
aku selalu dapat mimpi ni? Kenapa?!” tanya Yasmina Haslinda tanpa
jawapan.
* * *
Yasmin
Harlina berjalan bersama teman barunya menuju ke Fakulti
Kejuruteraan. Mereka berborak-borak kosong. Kedengaran selang-seli
gelak tawa dari mereka.
“Nak
dengar tak? Malam tadi, saya ada dapat satu mimpi. Bagi saya mimpi tu
ngeri. Rasa macam real,”
terang Yasmin Harlina. Dahi Daniel Ezairy bertaut.
“Awak
mimpi apa? Mimpi saya tinggalkan awak, ye?” Ada sedikit nada
gurauan dalam suara garau Daniel Ezairy itu.
“Ish..
Ke situ pulak dia. Saya mimpi pasal seorang lelaki dengan seorang
perempuan. Nama dia, Zah. Diorang suami isteri. Lepas tu, ada lagi
seorang perempuan dengan dua orang kanak-kanak perempuan, kembar
kot,” berhenti Yasmin Harlina.
“Lepas
tu?” tanya Daniel Ezairy.
“Urm..
Lepas tu, lelaki tu pun tengking isteri dia. Dia marah-marah. Yang
menaikkan lagi marah lelaki tu sebab dia pergi dengar hasutan seorang
lagi perempuan tu. Lelaki yang dah terhasut tu pun, terus
hentak-hentak kepala Zah tu kat dinding. Lepas tu, saya tersedar,”
cerita Yasmin Harlina panjang lebar. Daniel Ezairy yang setia
mendengar dari tadi hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda
memahami kata gadis itu.
“Alaa..
Awak tak payahlah fikir sangat tentang hal tu. Mimpi saja, kan?”
pujuk Daniel Ezairy walaupun hatinya berasa tidak tenang.
“Yelah..”
balas Yasmin Harlina. Mereka berborak semula. Gelak ketawa terus
kedengaran. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang melihat, ada
sepasang telinga yang mendengar.
“Takkanlah
dia...”
* * *
“Papa,
lebih baik papa cakap. Betul ke Linda ada kembar? Linda nak tahu
sekarang jugak!” tangking Yasmina Haslinda. Papanya, Dato' Mokhtar
yang baru sahaja pulang dari tempat kerjanya terkejut mendengar
terjahan anaknya.
“Apa
yang Linda cakap ni? Papa tak fahamlah,” ujar Dato' Mokhtar.
Sel-sel otaknya tidak berhenti dari menjalankan tugas. Pening kepala
dibuatnya. Tadi, dia berkecimpung dalam masalah di pejabat. Sekarang,
terperangkap dengan masalah di rumahnya pula. Yasmina Haslinda
menarik muncung.
“Papa,
betul ke Linda ada adik kembar? Betul ke mummy bukan mama Linda yang
sebenar? Betul ke papa dah ceraikan mama kandung Linda? Mengaku
sajalah, papa. Linda boleh terima,” nada sindiran berlagu dalam
kata-kata Yasmina Haslinda itu tadi. Dato' Mokhtar terkedu. Air kopi
yang telah disediakan oleh Mak Teh, orang gajinya terbantut untuk
diminum. Otaknya ligat memikir ayat yang boleh merahsiakan kisah
sebenar.
“Hm..
Dari mana Linda dapat tahu semua ini? Dengar dari orang ke? Tak
payahlah percaya. Semua tu dusta je,” bohong Dato' Mokhtar. Dia
melihat anak tunggalnya masih lagi berdiam diri. Janganlah tanya
soalan macam ni lagi kat papa, Linda.. Desis hatinya.
“Okey,
Linda percaya kata-kata papa. Tapi, kalau papa tipu, Linda tak
teragak-agak untuk tinggalkan papa sebagaimana mummy tinggal kita
dulu. Ingat tu selalu, ye papa?” Yasmina Haslinda mempercayai
kata-kata Dato' Mokhtar itu bulat-bulat. Kedengaran helaan nafas lega
dari Dato' Mokhtar.
Yasmina
Haslinda terfikir sejenak. Mungkin betul kata papa. Takkanlah sebab
mimpi aku dengan Min sama, aku dengan dia kembar? Kebetulan kot.
Sudahlah dia tu budak kampung. Tak sepadan langsung dengan aku. Desis
hati halusnya.
Dato'
Mokhtar mencapai senaskah surat khabar di hadapannya lalu diselak.
Yasmina Haslinda terus mengatur langkah meninggalkan papanya menuju
ke bilik. Dato' Mokhtar hanya menghantar Yasmina Haslinda hingga ke
anak tangga pertama dengan ekor matanya sahaja.
* * *
“Min,
mari sini kejap. Mama nak cakap sesuatu ni,” panggil mama Yasmin
Harlina, Puan Azizah. Yasmin Harlina mengira langakahnya ke arah
ruang tamu sambil membawa dua gelas minuman. Segelas untuknya,
segelas lagi untuk mamanya.
“Apa
dia, mama?” tanya Yasmin Harlina hairan sambil mengatur segelas air
milo panas kepada mamanya. Puan Azizah menyambutnya lembut. Yasmin
Harlina menanti sambil menghirup air milo panas itu perlahan-lahan.
Puan Azizah menarik nafas sebelum memulakan bicara. Hari ini,
segala-galanya akan terbongkar.
* * *
“Daniel,
kalau satu hari nanti saya tak ada, tolong bagi sampul ni kat Mina,
ye? Hanya awak yang boleh tolong saya. Dan satu lagi, kalau saya dah
pergi, awak tolong jaga Mina baik-baik, ye? Saya mohon, awak,” rayu
Yasmin Harlina. Entah mengapa air matanya tidak mahu lekang mengalir.
Daniel Ezairy hairan melihat air mata wanita ayu itu mengalir
sederas-derasnya. Mahu sahaja dilapnya air mata itu. Tapi, apakan
daya. Dia hanya boleh melihat.
“Nanti
saya cerita,” kata Yasmin Harlina lalu melangkah pergi.
* * *
Yasmina
Haslinda melintas jalan raya bersama teman-temannya. Gelak ketawa
jelas kedengaran. Tiba-tiba, seorang lelaki yang turut sama melintas
tetapi melawan arus arah bertentangan dengannya, terlanggar bahunya.
Barang-barangnya habis berselerak. Lelaki itu hanya meninggalkannya
bersendirian. Teman-temannya tidak menyedari akan hal itu. Yasmin
Harlina yang sedang berjalan bersama Daniel Ezairy memerhati dari
jauh.Dia melangkah menuju ke arah Yasmina Haslinda dan terus
menolongnya mengutip buku-buku yang bertaburan. Yasmina Haslinda yang
mula menyedari tindakan gadis ayu itu terus menolaknya ke tepi.
Yasmin Harlina terduduk.
Hadir
sebuah kereta sport hitam daripada selekoh berhampiran. Pemandunya
tidak menyedari dua wanita itu di tengah jalan raya. Dipandunya
kereta itu selaju yang mungkin.
Yasmin
Harlina yang menyedari tentang kehadiran kereta mewah itu terus
menolak Yasmina Haslinda. Dia terdampar di tepi jalan raya. Diangkat
sedikit tubuhnya untuk melihat gerangan yang menolaknya.
Bummm!!!
Kereta
itu meluncur laju melanggar yasmin harlina. Dia terperosok di bawah
kereta itu. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan Yasmina Haslinda
melihat wanita yang dibencinya sanggup menyelamatkannya. Darah merah
pekat terpercik mengenai baju putih yang dipakai oleh Yasmina
Haslinda. Dia terpaku dan terkaku di situ.
Orang
ramai mula memenuhi jalan raya itu. Daniel Ezairy tidak terkecuali.
Dia terus mendail nombor kecemasan untuk meminta pertolongan. Suasana
menjadi semakin riuh. Yasmina
Haslinda tidak dapat menahan terus terbaring di situ tanpa
menyedarkan diri.
* * *
Yasmina
Haslinda membuka matanya perlahan-lahan. Kedengaran esakan tangisan
seorang wanita. Matanya masih lagi sukar untuk dibuka kerana sinaran
cahaya lampu neon menusuk matanya.
“Aku
kat mana ni?” tanyanya kehairanan. Daniel Ezairy menggenggam
tangannya erat. Seorang wanita yang tidak dikenali sedang menangis di
sisinya. Kelihatan Mak Teh menenangkan wanita itu.
“Mina
dah sedar? Mina ada kat hospital sekarang,” kata Daniel Ezairy
perlahan. Perasaan sedihnya di tahan. Dia tidak mahu air mata
jantannya menitis di hadapan gadis yang dicintainya ini.
“Siapa
ni, Mak Teh?” tanya Yasmina Haslinda kebingungan. Mak Teh hanya
memandang ikhlas wajah anak gadis itu.
“Ini..
Puan Azizah, mama Mina,” balas Daniel Ezairy. Dia menjadi wakil
bagi Mak Teh untuk menjawab kerana dia tahu Mak Teh juga tidak
dapat menahan sendu di hati.
“Mama?
Bukan mama Mina, mummy ke? Mana papa?” jelas kedengaran nada resah
di dalam suaranya itu. Daniel Ezairy hanya menggeleng-gelengkan
kepala.
“Mana
papa? Papa dah tipu Mina! Mak Teh, mana papa? Ez.. Jangan nak tipu
Mina. Mana papa?!!” jeritnya seperti lagak histeria. Daniel Ezairy
cuba menenangkannya.
“Papa
Mina dah meninggal akibat sakit jantung kerana mendapat berita bahawa
mummy Mina kikis semua duit papa Mina. Papa Mina meninggal di rumah
pagi tadi. Harap Mina dapat bersabar,” dilembutkan juga suaranya
supaya Yasmina Haslinda tidak terkejut.
“Papa
tak ada? Mak Teh.. Dengarlah.. Mana papa? Katakan semua ini tidak
benar, Mak Teh. Linda nak minta ampun kat papa, Mak Teh..”
Kelihatan air yang jernih mula mengalir membasahi pipi anak gadis
itu. Daniel Ezairy menggenggam erat tangan Yasmina Haslinda
menyalurkan kekuatan.
“Semua
ni benar, Mina. Allah telah menatapkan hidup mati seseorang itu sejak
azali. Kita harus menerima hakikat, takdir yang telah ditentukan
oleh-Nya. Dan, ada lagi satu berita untuk Mina tentang Min,” terang
Daniel Ezairy. Anak matanya memandang wajah Mak Teh. Mak Teh
mengangguk lemah.
“
Apa dia, Ez?” Yasmina Haslinda meminta lepastian. Daniel Ezairy
mengeluarkan sepucuk surat dari perut begnya. Sampul yang berwarna
coklat cerah itu diberikan kepada Yasmina Haslinda. Dia meneliti
setiap bucu surat itu.
“Surat
apa ni, Ez?” Yasmina Haslinda mengesat matanya yang berair.
“Bukalah.”
Yasmina
Haslinda membuka sampul itu. Ada sepucuk surat dan sekeping gambar
yang sudah lama. Dia meneliti gambar itu. Kelihatan dua orang
kanak-kanak perempuan yang seiras mukanya. Bayangan mimpi ngerinya
menerjah kembali pantas diletakkan gambar itu di sisinya. Dibukanya
surat yang terlipat kemas itu dengan rakus. Dia meneliti setiap
bait-bait perkataan yang tertulis di situ.
“Min..
Min.. Kembar Mina?” tanya Yasmina Haslinda gagap seusai membaca
warkah itu. Dia menginginkan kepastian. Diamati wajah Puan Azizah.
Kemudian, beralih pula kepada Mak Teh dan seterusnya terus ke arah
Daniel Ezairy. Daniel Ezairy hanya mengangguk lemah mengiyakan
persoalan Yasmina Haslinda.
“Ya..
Untuk pengetahuan Mina, Min ialah saudara kandung kembar Mina. Min
dan Mina dipisahkan semasa berumur 5 tahun. Mungkin, Mina dah lupa.
Min sendiri pun baru tahu mengenai hal ini hari tu,” Daniel Ezairy
terhenti. Puan Azizah menarik nafas dalam sebelum memulakan
kata-katanya.
“Betul
kata Daniel tu. Linda anak mama. Papa ceraikan mama sebab seorang
perempuan yang bernama Anita fitnah mama. Sebab dia nakkan kesemua
harta yang papa ada. Dia kata, mama curang. Papa pun percaya dan
ceraikan mama,” Puan Azizah menghentikan kata-katanya kerana tidak
sanggup untuk menyambungnya.
“Lepas
tu? Lepas tu apa?!!” Yasmina Haslinda meraih simpati. Mak Teh
menyambung.
“Lepas
tu, Dato' ambil Linda. Dia tinggalkan mama dengan Lina. Dia pergi
dengan Datin Anita, mummy Linda. Sekarang Dato' pula meninggalkan
kita semua buat selama-lamanya. Dia terkena serangan sakit jantung
ketika mendapat panggilan daripada peguamnya. Peguamnya
memberitahunya bahawa semua harta milik Dato' telah jatuh ke tangan
Datin. Dato' terkejut dan terus tersungkur jatuh mengerang kesakitan.
Mak Teh masuk bilik Dato' sebab nak hantar air. Mak Teh nampak Dato'
dah terbaring atas lantai sambil pegang dada. Mak Teh terus telefon
ambulans. Tapi, apakan, daya. Semasa dalam perjalanan ke hospital,
Dato' telah menghembuskan nafasnya yang terakhir,” terang Mak Teh.
Air matanya mulai menitis.
“Habis
tu? Min mana? Dia mana, Ez?”tanya Yasmina Haslinda. Perasaan sedih
memenuhi lubuk hatinya.
“Min
pun sudah tiada. Dia suruh Ez sampaikan surat ni bila dia tiada. Dia
yang kena langgar masa selamatkan Mina dulu. Terima kasihlah
padanya,” ucap Daniel Ezairy. Pantas diseka air hangat yang
bertakung di tubir matanya.
“Mina
nak jumpa Min!! Mina nak jumpa Min!!” raungnya. Dia terus mencabut
jarum yang telah dicucuk oleh doktor di tangannya lalu melangkah
pergi.
“Mina!!”
Daniel Ezairy terkejut melihat tindakan drastik yang dilakukan oleh
Yasmina Haslinda.
Kaki
Yasmina Haslinda yang masih lemah itu tidak membenarkannya mengatur
langkah lagi. Dia terus tersungkur di situ. Daniel Ezairy pantas
menyambut Yasmina Haslinda.
“Jangan
buat macam ni, sayang.. Ez tahu Mina terseksa tapi Mina kena terima
kenyataan, hakikat,” pujuk Daniel Ezairy. Dipeluknya tubuh Yasmina
Haslinda erat.
“Mina
nak jumpa Min, nak minta maaf.. “ katanya lemah. Air matanya
bercucuran laju mengalir. Dia terus tidak menyedarkan diri.
Maafkan
kakak, Min. Mungkin akan tibanya hari esok yang akan menemukan kita
berdua semula biarpun di alam yang lain. Kini, kakak hanya dapat
menadah tangan mendoakan Min dan papa agar selamat dan sentiasa
tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin..
Al-fatihah..
Kuala Lumpur Time

0 komenss:
Post a Comment