BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

April 20, 2012

novel : jangan tinggalkan aku~ [1]

     Mengapa semua ini harus terjadi? Kalau lah aku tahu kejadian ini akan berlaku awal sedikit, sudah semestinya aku takkan pulang kembali. Huhh.. Salahkah aku kerana menyalahkan takdir? Aku juga hanyalah seorang insan yang lemah. Tak semua manusia di atas muka bumi yang fana ini sempurna, bukan?

     Ya.. Aku harus terima hakikat ini. Dia takkan pernah lagi kembali padaku buat selama-lamanya. Maafkan aku, sayang.. Aku tak mampu mengelakkan semua ini dari berlaku. Takdir dan ketentuan semua di tangan-Nya. Aku hanya mampu memberikanmu doa sebagai hadiah. Ya Allah, kau masukkanlah dia di dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin...

***

     " Ayah! Azim pergi tandas sekejap eh?" kedengaran petah jeritan seorang kanak-kanak lelaki di dalam barisan ibu bapa yang sedang beratur untuk mendaftarkan anak-anak mereka di kelas darjah satu yang telah ditetapkan oleh penyelia sekolah rendah itu. Kelihatan bapanya hanya menganggukkan kepala. 
     Kanak-kanak lelaki yang membahasakan dirinya Azim terhadap bapanya itu berlari-lari anak menuju ke tandas yang terletak di bangunan yang bertentangan dengannya. Dia melihat sekeliling kawasan persekolahannya yang agak asing baginya itu.
     Cantik jugak sekolah aku ni. Tapi, tak setanding tadika aku dulu la. Dulu ada taman, meja bulat-bulat, ada burung kertas tergantung. Tapi, tahun ni, kosong je. Takde apa-apa pun. Hmm.., monolog Azim. Dilihatnya kawasan persekitaran sekolah yang begitu indah. Kelihatan pokok-pokok yang ditanam di sekeliling sekolah menarik perhatiannya. Dia terpegun dengan sendiri.
     " Awak! Tepi!!!" jerit seorang kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya. Lantas segala lamunannya terhenti. Dipalingkan wajahnya ke hadapan ke arah suara yang memanggil itu. Belum sempat dia berganjak, tubuhnya telah pun bersentuhan dengan kanak-kanak perempuan itu. Masing-masing terjatuh.
     "Aduss.. Sakitnya..," mengeluh Azim. Lengannya di usap perlahan. Wajahnya dipalingkan menghadap insan yang melanggarnya tadi. Comel, bisik hatinya gatal.
     "Ishh, adik punya kerja la ni. Jagalah.. Eh? Awak, maafkan saya, ye? Tadi ibu saya suruh saya kejar adik saya. Masa saya kejar tadi tak sedar la pulak yang awak ada kat tengah-tengah jalan ni. Maaf ye?" terang kanak-kanak perempuan itu. Azim segera bangun dari duduknya dan pantas menghulurkan tangannya untuk memberi bantuan kepada perempuan itu. Kanak-kanak itu menyambutnya lembut dan pantas memberikan senyuman sebagai tanda terima kasih.
     "Saya Muhammad Azim Zulkarnain bin Zulkifli. Awak?" Azim memperkenalkan dirinya. Pautan tangan tadi telah lama terlerai. Bibirnya masih tidak lekang dari tersenyum.
     "Liana, Nurul Liana Fazlina binti Aziz Rashid." Liana pantas tersenyum membalas renungan Azim yang dari tadi merenung wajahnya. Hai, ada apa-apa ke kat muka aku ni? Yang dia dok tenung macam apa ni pasal apa? Tertanya-tanya Liana sendiri.
     "Ouh.. Awak boleh panggil saya Azim. Awak kelas..?"
     "Satu Cemerlang. Kelas kedua," balasnya sambil tersenyum.
     "Eh, kita samalah! Tak sangka..," balas Azim pula. Direnungnya mata Liana seakan-akan mencari sesuatu.
     " Kenapa mata awak melilau-lilau? Cari siapa?" tanya Azim. Dia berharap agar persoalannya akan terjawab juga.
     " Maaf ye, awak. Saya nak cari adik saya ni. Nanti kita borak lagi bila dah masuk sekolah, okey? Bye, jumpa lagi!" kata Liana mengundur diri. Kakinya pantas berlari meninggalkan Azim yang termangu keseorangan untuk  mendapatkan adiknya yang sedang bermain-main dengan kucing di kantin. Azim hanya mengeluh.
     " Cari adik rupanya," katanya seolah-olah berbisik. Dia lantas mengatur langkah ke hadapan tanpa menoleh ke arah Liana, sedangkan dirinya masih diperhatikan...

***


0 komenss: